Wednesday, December 30, 2009
menanti tahun baru
Saturday, December 12, 2009
Wednesday, December 09, 2009
matahari
Monday, December 07, 2009
lupa dan marah.
lupa.
satu perkataan yg amat sinonim dgn diri saya. dlm masa yg singkat, saya amat mudah lupa. hinggakan dlm satu episod perbualan, saya akan bertanyakan soalan yg sama 2 kali.
Saturday, December 05, 2009
kerja amal
menonton natrah, hati saya benar2 pilu. sedih.
malangnya nasib dia bila hati dan perasaan sendiri tidak diambil kira. kepentingan org lain yg digembar gemburkan. hingga masyarakat sendiri tidak terfikir kemungkinan yg ada.
natrah mangsa keadaan. hingga akhir hayatnya.
tiba-tiba saya terfikir tentang kerja amal. kerja yg sepatutnya dilakukan menggunakan tenaga yg ada. tanpa mengharapkan pulangan sesen pun. wujudkan 'kerja amal' dlm kamus hidup saya?
Sunday, November 29, 2009
kisah satu gagak hitam.
Wednesday, November 25, 2009
antara sukun dan tulang empat kerat
dalam sedang menahan perut. saya teringat sukun goreng. dah goreng, tabur sedikit garam. wahhhh sgt sedap!
kenapa org panggil tulang empat kerat? dua tgn dan dua kaki kah?
antara daya, tenaga dan kemampuan.
tulang empat kerat perlu empat semangat??
jika benar masa itu emas, hanya org kaya mampu membeli masa.
tuhan bagi sama rata. hanya satu ini yg tuhan bagi semua sama. doktor - kerani, agung - drebar lori, semua. seorang pun tak lebih atau kurang. jika ini harta saya; semakin lama, semakin berkurang. entah bila akan habis.
Tuesday, November 24, 2009
angkat tangan dan jawab
Saturday, November 14, 2009
CINTA KITA
cuba jadikan 'cinta' dlm lagu ini sbg 'cita'.
maksudnya sgt mendalam..
cinta kita bagaikan kembara meniti samudera
biar liku kehidupan berbeza namun kita sama
dalam perjalanan ini mencari erti
mengenali diri siapa kita sebenarnya
tika dan waktu suatu suratan
akhirnya ketemu aku rindu
inilah duniaku impi damai di sisimu
inilah bebasku bersamamu yang kurindu
inilah duniaku insan seni di sisimu
inilah bebasku bersamamu yang kurindu
Saturday, November 07, 2009
mesin basuh
Thursday, November 05, 2009
Monday, November 02, 2009
tapi kenapa
saya tidak punya wajah persis siti norhalizut.
saya tidak punya pasangan hidup.
saya tidak punya zuriat saya sendiri.
ya, awak cantik, berpendidikan, suami yg hebat, anak2 yg comel. lengkap. sempurna.
tapi saya.. hanya begini.
salahkah saya?
fikiran saya, asalkan saya tidak menjadi beban org lain sudah. saya cuba. cuba menjadi yg terbaik. tapi apakan daya jika yg terbaik itu hanya guraun org lain. tajuk sindiran rakan2.
hidup saya, takdir saya.
sedih? menyesal? tidak pernah.
tapi kenapa.
kenapa mesti org tertawa?
Saturday, October 31, 2009
tiba-tiba...
bosan
bosan
bosan
bosan
bosan
bosan
bosan
bosan
bosan
bosan
bosan
bosan
bosan
bosan
i wish u r here
Friday, October 30, 2009
Thursday, October 29, 2009
Sunday, October 25, 2009
mabuk sistem
sistem mmg dpt diatasi oleh sesetengah pihak. sistem bukan undang2. tapi undang2 melindungi sistem. melindugi kelemahan. sukar utk mendapatkan keseimbangan sistem.
hidup kita diatur oleh sistem.
saya tidak mabuk.
Saturday, October 24, 2009
sapa salah?
kali ini hujung minggu di rumah sendiri saja.. menghabiskan masa yg senyap seorangan. mcm2 hal telah berlaku spjg hari minggu sudah. bermula dgn kakak angkat yg membatalkan kunjungan ke kuala lumpur. adehhh, penat je belatih dance move 'single ladies'. haha. kemudian pokok kaktus saya yg sepatutanya dah mati, berpucuk semula dgn gaya yg salah. pelik juga.
betulkah pilihan saya? antara kata hati dan ikut perasaan? bermalam tidur saya tidak tenang. resah dgn kerja dan keputusan yg dibuat.
tidur lewat mlm tadi melayan berkeping dvd. konon nak mengisi masa lapang dgn mengemaskini siri cerita terbaru. gaya hidup bujang. sudahnya fikiran saya tidak berhenti berpusing berfikir sehingga jam berapa pun saya tidak sedar.
saya terasa semakin tumpul. hantu saya sekali lagi minggu ni. lewat subuh. sgt lewat.
jadinya, salah siapa? (sendiri angkat tangan)
kalau dpt pekena teh tarik nih mesti terangkat. yearghhh!!
Thursday, October 22, 2009
21 GUNS - GREEN DAY
When it's not worth dying for?
Does it take you breath away
And you feel yourself suffocating?
Does the pain weight out the pride?
And you look for a place to hide?
Does someone break your heart inside?
You're in ruins
One, 21 guns
Lay down your arms
Give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky
You and I
When you're at the end of the road
And you lost all sense of control
And your thoughts have taken their toll
When your mind breaks the spirit of your soul
Your faith walks on broken glass
And the hangover doesn't pass
Nothing's ever built to last
You're in ruins
One, 21 guns
Lay down your arms
Give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky
You and I
Did you try to live on your own
When you burned down the house and home?
Did you stand too close to the fire?
Like a liar looking for forgiveness from a stone
When it's time to live and let die
And you can't get another try
Something inside this heart has died
You're in ruins
One, 21 guns
Lay down your arms
Give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky
You and I
Sunday, October 18, 2009
weekend. weak-end??
Friday, October 16, 2009
hobi yg dulu kembali

a'ah. yelah tu.. mancing sgt.
Thursday, October 15, 2009
saya rasa
Wednesday, October 14, 2009
AYO award
boss, loji kita kena saman. LAGI.
mereka telah menceroboh kawasan kita.
apa perlu kita buat? legal issue??
hari ini saya belajar cara2 utk mempertahankan diri dari ugutan undang2 negara.
kalau lah semua kesalahan ini terpaksa kami hadapi, alamatnya big boss bakal meringkuk dlm penjara spjg hayatnya.
kita cari bukti sampai dpt.
kita korek cerita dlm2.
cari kesilapan mereka.
biar kesalahan kita yg KECIL ini tertutup.
aduh, ini lah lumrahnya. sedangkan kedua pihak tahu ini tidak perlu dihebahkan tetapi masing2 sedar bahawa tiap org perlu menjalankan tugasnya. tugas yg dijalankan demi menabur janji dan kata2 kpd pihak tertentu. bazir shj..
kami berhak terima ayo award!
Tuesday, October 13, 2009
sadih
sedang kami bersembang, dia berkata; sorry babe, aku emotional terlebih. sedih sgt.
Monday, October 12, 2009
sakit tengkuk
sedang mendung berarak menutup mentari, tiba2 angin bertiup membenarkan cahaya bersinar lagi. saya gembira utk sementara. tahu dan sedar.
i am totally stressed out with my work. wish i can get it through quickly, painless.. i’m sitting on a bench and smiling to the moon. looking for a shooting star. wishing to make a wish.

Friday, October 09, 2009
separuh nyawa
tahun ni masuk tahun ke-7 saya bekerja. dari saat saya mula bekerja hingga kini, saya kurang bijak merancang kewangan. peningkatan mungkin ada. tapi masih ditahap lemah. kalau diberi skala 1-10, saya pilih skala bodoh.
penanda aras petrol mula berkelip, tgk wallet ada la sekeping wang seringgit. hmm… plastic lagi la jawapnya. hehe
cheers!!
(oh, sedih!)
Thursday, October 08, 2009
mengambil gambar
nmpknya saya perlu byk berlatih. selalu pergi majlis2 utk mengambil gambar. tidak perlu malu. yakin. itu penting bukan?
ramai yg pandai dan hebat mengambil gambar skrg ini. mungkin itu menyebabkan saya takut. takut utk bersaing atau takut utk dikalahkan? penentunya hanya saya yg perlu menilai. sbb realiti hidup ini tiada siapa yg menang dan tiada siapa yg kalah. masing2 ada 'piala'.
Tuesday, October 06, 2009
merepek
Wednesday, September 30, 2009
situasi
hari ini mungkin lebih baik dari esok, maka nikmati hari ini. ia tidak akanberulang lagi.
Tuesday, September 29, 2009
salah
mandi.
kerja.
makan.
kerja.
rehat.
kerja.
balik.
tidur.
dan bangun semula.
Monday, September 28, 2009
upah
menarik perhatian saya, ttg iklan berkaitan upah seorang kanak2. iklan petronas tak silap.
pernah tak terfikir iklan visa @ mastercard ada tiru ala2 iklan upah ini?
btw, gitar saya dah baiki. dgn upah rm10.
yahuuuu..
Sunday, September 27, 2009
Pelangi Petang
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

Saturday, September 26, 2009
selamat hari raya
maaf zahir batin.
7 syawal :)
saya ucap tahniah.
doa saya supaya yg terbaik.
Tuesday, September 15, 2009
panjang langkahnya
rezekinya yg saya cemburui.
perjalanan kita takkan sudah, kawan.
.kak lin.
Thursday, September 10, 2009
monyet
Wednesday, September 09, 2009
penat
tired pretending to be someone she is not.
she told me she had enough. no more.
no more lying. no more pretending.
pada saya. kadang2 kita terpaksa berpura.
sudah kehendak alam.
Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati
Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu
Monday, September 07, 2009
soalnya
tanya saya tentang mati??
kawan, saya bukanlah org baik2.
tapi bagi saya mati itu penyudah, penyelesaian. titik noktah satu masalah.
hidup ini satu masalah. tiada org tanpa masalah. cuma masalah kita tiada yg sama.
fikiran saya kawan, bersabarlah. dugaan tuhan bagi tu ada puncanya. takkan tuhan bagi kalau kita tak mampu.
Whatever doesn't kill you really does make you stronger.
trust me, babe!
Thursday, August 27, 2009
partly-soaking-wet
masa diambil hampir 2 jam utk pulang. rancangan utk melawat akiff ptg tadi terpaksa ditangguhkan. tiba rumah sudah hampir utk berbuka..
skrg saya sudah kenyang. rancangan menunaikan terawih tertunda lagi. liat nmpk nya saya tahun ini. esok, insyaAllah.
angin ramadhan menenangkan hati saya. udaranya berbeza. diselangi dgn sayup2 suara zikir dari masjid. rindu saya pada ramadhan bersama keluarga dan rakan2.
Wednesday, August 26, 2009
Tuesday, August 25, 2009
ulangtahun di bulan puasa
tahun kebelakangan ini saya tidak kisah dgn sambutan harijadi. walaubagaimanapun, sambutan ini tetap meriah bersama rakan dan keluarga. mungkin satu hari nanti saya sendiri akan terlupa ttg hari lahir saya.
masih ingat masa kanak2, saya tidak sabar menunggu ketibaan 25 august. setiap tahun pasti ada majlis bersama rakan2 ataupun keluarga. namun hal ini semakin berkurangan apabila saya mula meniggalkan rumah bila usia mula menjengah 16 tahun.
kini usia saya sudah 28 tahun. ada yg kata masih muda, ada yg kata tidak lagi muda. umur itu subjektif pada yg menilai. mungkin kah umur sekadar angka?
pada angka 28 tahun ini, apakah yg telah saya lakukan? berbuku kah "cerita" saya? saya sendiri tidak berani menilai..
Friday, August 21, 2009
spekulasi bulan puasa
Thursday, August 20, 2009
Monday, August 17, 2009
Friday, August 14, 2009
hujan dlm hati
Thursday, August 13, 2009
hari pindah

selamat pindah kawan2. tak sabar menanti hari ptg :)
Wednesday, August 12, 2009
nasihat hidup
Tuesday, August 11, 2009
mencari yg hilang
Monday, August 03, 2009
pakcik menang moto
Thursday, July 30, 2009
kerusi antik
kerusi ini misalnya. kali pertama melihat, saya terus suka. dua jam termengu di atas kerusi ini membuatkan hati saya puas. ingin saya miliki kerusi ini, juga almari yg antik berada di sebelahnya.
entah kenapa, lewat2 ini saya makin menggemari barangan antik.
Tuesday, July 28, 2009
tribute (al-fatihah)
Monday, July 06, 2009
mengambil keputusan
iskh, gila kau! saya jawab.
byk kerja gila dlm dunia ini. saya tau.

Wednesday, July 01, 2009
Monday, June 29, 2009
saya dan gitar yg patah

Saturday, June 27, 2009
semoga berjaya
Friday, June 26, 2009
conjunctivitis nan-seminggu
Thursday, June 18, 2009
Friday, June 12, 2009
pantun teka-teki
Terbang ke sisi taman kayangan
Cubalah teka wahai saudara
Semakin diisi makin ringan?
Bunga orkid indah warnanya
Penyeri taman dan juga hutan
Ramai orang datang bertanya
Bintang apa hidup di lautan?
Kelip-kelip kusangka api
Kalau api mana asapnya?
Hilang ghaib disangkakan mati
Kalau mati mana kuburnya?
Budak-budak bermain batu
Batu dikira satu persatu
Badannya lurus bermata satu
Ekornya tajam apakah itu?
Masak tumis sambal petai
Makan kenyang sambil sendawa
Anda menziarah sahabat handai
Buah apakah yang akan dibawa?
Pokoknya bulat dan juga rendang
Masam dan hijau ketika muda
Buahnya berbentuk seperti bintang
Sudah masak, kuninglah ia
Belayar perahu dari Bentan
Menyusur tepi Selat Melaka
Lebar kepala dari badan
Apakah ikan cubalah teka?
Mak Minah menanak minyak
Kemenyan dibakar dengan setanggi
Dua peha beranak banyak
Untuk mendaki tempat yang tinggi?
Orang bekerja diberikan upah
Hidangan disaji dalam talam
Gajah putih ditengah rumah
Layar terkembang di waktu malam?
Gigi berduri tatah bersigai
Pembelah kayu ia berguna
Jika tuan orang yang pandai
Benda apakah makannya dua cara?
Pisau lipat dimainnya kera
Tangannya luka lalu terjun
Makan kuat tidak terkira
Kenyangnya tidak tahi bertimbun?
Tuan puteri belajar menari
Tari diajar oleh Pak Harun
Kalau Tuan bijak bestari
Apa yang naik tak pernah turun?
Thursday, June 11, 2009
tong gas

1. kakak ipar saya bercerita, semasa memanjat gunung kinabalu, ada seorang makcik bekerja di checkpoint kinabalu. tugasnya mengangkat tong gas. sedang tercungap-cungap kakak ipar saya cuba memanjat, makcik itu sudah 2 kali memintas. sambil menjunjung tong gas di bahu. dahsyat. tangkas.
2. seorang uncle menggunakan tong gasnya utk membaiki truk nya yg rosak. tong gas itu mungkin dia amibil setelah wifenya bising knp tak tuka lagi tong gas. wife nya tak dpt terima alasan uncle ini bahawanya truk rosak dan tak dpt pegi kedai. lalu utk mensenyapkan wife yg bising, uncle ini ambil tong gas mereka yg kosong lalu menggunakannya sbg alat memanjat a.k.a tangga..
3. tong gas kat umah saya tak pernah berganti walaupun dah 2 tahun. betapa malasnya saya masak!!
kawan2 cadangkan saya masak2 ujung bulan ini. saya setuju. jadi, mari beramai-ramai dtg umah masak dan mkn.
Tuesday, June 09, 2009
tomato tomaetoe?
Monday, June 08, 2009
seringgit yg paling saya ingat

Wednesday, June 03, 2009
tewas lagi
Tuesday, June 02, 2009
buah hati saya
Monday, June 01, 2009
Please Don't Leave Me (PINK)
I don't know if I can yell any louder
How many time I've kicked you outta here?
Or said something insulting?
Da da da, da da
I can be so mean when I wanna be
I am capable of really anything
I can cut you into pieces
But my heart is broken
Da da da, da da
Please don't leave me
Please don't leave me
I always say how I don't need you
But it's always gonna come right back to this
Please, don't leave me
How did I become so obnoxious?
What is it with you that makes me act like this?
I've never been this nasty
Da da da, da da
Can't you tell that this is all just a contest?
The one that wins will be the one that hits the hardest
But baby I don't mean itI mean it, I promise
Da da da, da da
Please don't leave me
Oh please don't leave me
I always say how I don't need you
But it's always gonna come right back to this
Please, don't leave me
I forgot to say out loud how beautiful you really are to me
I cannot be without, you're my perfect little punching bag
And I need you, I'm sorry
Da da da, da daDa da da da, da da da da
Da da da, da daPlease, please don't leave me(Da da da, da da)
Baby please don't leave me(Da da da, da da)
No, don't leave me
Please don't leave me no no no
You say I don't need youBut it's always gonna come right back
It's gonna come right back to this
Please, don't leave me
Please don't leave me, oh no no no.
I always say how I don't need you
But it's always gonna come right back to this
Please don't leave me
Baby, please, please don't leave me
Monday, May 25, 2009
antara paking bot dan isu sumber air
macam org nak jual insuran bila kita nak buat pinjaman bank.
Thursday, May 21, 2009
@TIOMAN
Anak buaya berenang-renang
Jika malang menimpa diri
Bawalah tertawa supaya senang hati
Bawa aksin terlalu indah
Ombak bersusun berlari-lari
Jika berkata yang tidak berfaedah
Terlebih baik mendiamkan diri
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran hendaklah di cari
Mana yang dapat janganlah di lupa
Anak ayam turunlah enam
Mati satu tinggal lima
Supaya kita janganlah jahanam
Baik tuntut pada ulamak
Wednesday, May 20, 2009
perjalanan
Wednesday, May 13, 2009
kecurian di ofis

Tuesday, May 12, 2009
Panti Asuhan Oleh Hetty Koes Endang
Tertulis panti asuhan depan rumahmu
Banyak saudaraku ada di situ
Semuanya berwajah sayu dan sendu
Mereka rindu kasihmu ayah dan ibu
Segelintirnya lahir di dunia
Ciptaan Tuhan yang Maha Kuasa
Mengapa harus menanggung derita jiwa
Kasihani kami semua
Ku ketuk hatimu tuan para budiman
Kami pun ingin bahagia
Beri kesempatan
Untuk menikmati kasih dan sayang
Rahmat Tuhan kepada umat manusia
Matahari 'kan tersenyum untuk dunia
Tuesday, May 05, 2009
MOTHER'S DAY
Friday, April 17, 2009
kick dirt
pernah dgr "sprt melepaskan batuk di tangga"?
"batuk" dlm peribahasa ini sbnrnya ialah gayung.
perbuatan menyampakkan gayung tanpa meletakkan dgn betul adalah perbuatan yg malas.
hati emas?? hati yg blh dibeli dgn wang ringgit..
Monday, April 06, 2009
SESAT DI KUALA LUMPUR
Dosa dan pahala bercampur
Tapi kita perlu hidup
Kita perlu terus hidup
Terima kasih tuan dan nyonya
Doa sejahtera kami pohonkan
Pada Tuhan Maha Kuasa
Tuhan Maha Kuasa
Mungkin kita kan temui kebahagiaan
Di Kuala Lumpur
Dan mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi kaya dalam lumpur
Mungkin kita akan terpedaya
Mungkin ada jalan di Kuala Lumpur
Jalan bahagia
Mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi alpa serta lupa
Dan Mungkin kita kan terpedaya
Mungkin kita akan jadi kaya serta lupa
Mungkin kita lupa pada asalnya.
Tuesday, March 31, 2009
hu'uh
Wednesday, March 25, 2009
cantik
cantik bagi saya sgt subjektif.
cantik itu nilai. dan nilai bagi setiap org berbeza. rm10 bagi boss saya sikit, tapi bagi tea lady dari indon, rm10 tinggi nilai nya..
hari ini saya cuba lihat semua benda dari sudut berbeza. yg cantik saya tidakkan, yg mahal saya murahkan. hasilnya? saya lebih byk termenung.
boss pagi tadi memanggil saya memberi kabar kurang senang. ekonomi kurang baik dijadikan alasan..
Monday, March 23, 2009
budget

Tuesday, March 10, 2009
kecewa
maka saya dgn bertungkus lumusnya menyiapkan edisi terbaru presentation saya. sepatutnya pagi ini saya dgn penuh segak (ehem ehem) akan menyampaikan presentation itu yg sudah acap kali dilatihkan. tiba-tiba, sdg saya bersarapan...
pipa, ahmad call. dia suruh call balik.
haiihhhh.. apa hal pulak.
tot tot. tot tot.
helo en. ahmad. saya ni afifa.
ha... afifa! awak tak perlu present harini. saya yg present.
aik, last minit betul.. - dlm hati.
ooo ye ke? so saya tak perlu ke intan la harini?
eh, perlu perlu.. nnti ada apa2 soalan awak yg jwb yer?
ces.. jadi lah saya minah pacak sprt pencacai pagi tadi.
apa yg saya kecewa kan, masa yg telah saya luang utk menyiapkan presentation itu. walhal, kerja saya yg lain berlambak lagi.
kembali ke ofis:
pipa, report u kena hantar before 24hb ni. semua sekali.
GULP!!
Thursday, February 26, 2009
fikiran pagi
andai pilihan saya lain. andai zaman kecil saya berbeza.
sama kah hidup saya skrg ini?
Wednesday, February 25, 2009
antara pandangan dua mata
bila melawan, ada yg kata dia degil, ada yg kata dia tegas.
antara degil dan tegas; mungkin kedua nya keliru.
bila keliru pilihan itu jadi was-was. maka keyakinan bakal berkurang.
kurang yakin wujud pelbagai cerita.
cerita dua dunia, mungkin tiada sudahnya.
bagi saya pilihan perlu tepat. salah pilih natijahnya berpanjangan.
Friday, February 13, 2009
pangkor pangkor
saya dan rakan2 menikmati percutian kami ini yg sememangnya ala kadar ini. pergi selamat, pulang pun begitu. alhamdullillah. makan cukup, gembira pun cukup.
saya rasa hidup ini terlalu sedih utk di biarkan berlalu. vivianne di perkudakan ke pangkor. walaupun kecil, dia setia melayan kerenah tuannya. dgn tayar yg masih berlagu, vivianne selamat membawa kami pergi dan pulang.
tiba di rumah, saya lah insan paling gembira. sarang saya, cengkerang saya. sejuk kaki saya melangkah masuk ke rumah. kecil dan bersepah. hati saya tenang.
Janganlah tenung tenung bung Janganlah pandang pandang Kalau hatiku dan bingung aku ikut pulang Jangan main main mata Jangan memikat hati Kalau kudah jatuh cinta jadi makan hati Jangan suka usik usik akibat tak baik Jikalau sudah merana tidur pun tak lena Janganlah jeling jeling bung janganlah lirik lirik Kalau aku dah bingung bung nanti ikut balik Janganlah tenung tenung bung Janganlah pandang pandang Kalau hatiku dan bingung aku ikut pulang Jangan main main mata Jangan memikat hati Kalau kudah jatuh cinta jadi makan hati Jangan suka usik usik akibat tak baik Jikalau sudah merana tidur pun tak lena Janganlah jeling jeling bung janganlah lirik lirik Kalau aku dah bingung bung nanti ikut balik
Wednesday, February 04, 2009
sufi
kali ini dgn alas baru.
kerja semakin mencabar.
mencabar jiwa dan minda. dan juga kesabaran.
senyum sorang2 bagai org gila.......
Friday, January 30, 2009
Wednesday, January 28, 2009
sushi dan donut

Friday, January 23, 2009
WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
Copyright 2009
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Thursday, January 22, 2009
satu-setengah-jam!
saya benci jalan sesak.
pagi ini rekod perjalanan saya yg paling lama ke tmpt kerja.
satu stgh jam. (kalau tak sesak, 10minit shj)
stgh jam shj dihabiskan utk menuruni bukit antarabangsa. satu jam pula di habiskan di mrr2..
indahnya dunia
Tuesday, January 20, 2009
macho?

Monday, January 19, 2009
paru-paru terbang.
Friday, January 16, 2009
nescafe


sejak bekerja, tabiat saya itu diperhatikan ramai dan tidak kurang pula yg menegur. apa boleh buat, itu dah jadi darah daging saya. sehari tanpa nescafe membuatkan saya tidak senang.
Thursday, January 15, 2009
kaki busuk

Wednesday, January 14, 2009
alahan
sbnr nya ia adalah tali pinggang baru. tali pinggang lama yg saya pakai setelah 5 tahun telah dgn secara rasminya putus. (ke pinggang a.k.a perut saya dah mengembang? ahaks. early-middle-age crisis)
awal pagi ini semasa hendak mengenakan tali panggang (slps ini disebut belt. pjg sgt nak taip) baru saya itu, saya bersin tanpa henti. lantas saya letakkan belt itu dah pergi mendapatkan tuala utk mengesat lelehan. terus bersin saya berhenti. dgn itu saya buat rumusan saya alah dgn belt saya sendiri. mungkin saya alah dgn barang baru..
kerana terpaksa menggunakan juga belt itu; jika tidak mungkin saya tidak ber-seluar tanpa sedar, saya abaikan tanggapan bahawa belt itu mendatangkan alahan. tetapi rupanya memang benar saya tidak tahan dgn belt itu.
harini saya ke ofis dgn hidung yg berlari.. ditambah pula penghawa dingin ofis yg kian merajuk.
tabah lah afifa. kita menghitung hari.
1,2,3,4...
Tuesday, January 13, 2009
belajar lah dgn tenang.
sambil mengetuk si akar tuba
berdagang ke tempat yang belum tentu
macam menempah maut kan tiba
pungut teritip di tiang batu
batu pecah dilanda karang
beginilah nasib dagang piatu
kain basah kering di pinggang
Thursday, January 08, 2009
pantun lapan kerat (yg sgt pjg)
Tepi parit tumbuh mengkudu
Berselang dengan pohon puding
Hidup subur kanan dan kiri
Tuan pergi dagang seorang
Tiada saudara tempat mengadu
Tiada saudara tempat berunding
Pandai-pandai membawa diri
Sudah penat berjalan kaki
Seluruh badan terasa uzur
Tak tahan lagi diuji
Tempatnya jauh dihujung lembah
Pantang saya anak lelaki
Kalau melangkah kembali undur
Tidak gentar sebarang diuji
Kental, azam, yakin dan tabah
Dini hari melawat pusara
Bawa merbah bersama emas
Nenas terletak tepi belana
Belanga China bersalut arang
Benihku cari disemai mesra
Semaian bercambah menjelma tunas
Kemudian subur indah berbunga
Malangnya bunga di getu orang
Sarang merbah di celah dahan
Tempat punai bermain di situ
Berkejar-kejaran anak rusa
Tampak dari tanah seberang
Bersyukur aku kepada Tuhan
Kalau nasib memang begitu
Akan merana sepanjang masa
Harap pada kasihan orang
Tajak-tajak perdu serai
Habis tertajak lalang-lalang
Lebar kawasan cuma sedepa
Tempat bertanam pokok kacang
Sejak mula hamba sampai
Tidak putus dirundung malang
Fitnah datang bertimpa-timpa
Namun iman tak pernah goncang
Bagus rupanya bunga melur
Putih rupanya bunga pinang
Berukir bertangkai perak
Permainan raja perempuan
Cawan, cerek sudah teratur
Pinggan, mangkuk sudah terhidang
Penganan mulia sudah terletak
Samalah duduk kita makan
Buat bangsal di tengah hutan
Tebas hutan jadikan taman
Tengah halaman tanam kandis
Di selang dengan asam paya
Biar sabar dengan perlahan
Itu tanda orang beriman
Tidak takut digoda iblis
Akhirnya kamu akan berjaya
Orang belayar dalam perahu
Haluan menuju ke Batu Bara
Sarat bermuat kain kapas
Kapas dibawa dari barat
Kasih tuan hambalah tahu
Bagai orang menggenggam bara
Rasa hangat hendak dilepas
Begitu benar kias ibarat
Siapa berlangir di tepian
Biarlah sama-sama pulang
Ikut jalan ke lembah
Melalui tanah yang rata
Kekanda berlayar ke lautan
Tak gentar mara yang datang
Adinda tinggal di rumah
Tidur bertilam air mata
Naik gunung Rimba Kelibut
Ke rimba berkayu jati
Kayu sedang banyak berbuah
Bercampur dengan kayu kamat
Gagap gentar hamba menyebut
Penghulu banyak yang sakti
Tuanku banyak yang bertuah
Alim ulama banyak yang keramat
Wednesday, January 07, 2009
kisah palestine
saya kata : isnin tetap isnin.
serangan di palestine meruntun jiwa saya.
pada mulanya saya hanya mengambil ringan kisah perang di sana. tapi setelah melihat korban kanak2, hati saya jadi marah. sedih. tergamak nya gambar sprt itu di pertonton kan. tergamak nya hati org yg menabur ledakan.
sebentar tadi pulang dari mkn tghari, saya lihat kereta memecut di hadapan sekolah. langsung tidak beri peluang kpd kanak2 sekolah untuk melintas. sedangkan anak2 itu sudah berada di tgh lintasan zebra.. mabuk agak nya org itu. mabuk di tghari?? hmmm...
Monday, January 05, 2009
cabaran
1) exam
2) interview.
saya akan berkelakuan pelik walau sebanyak mana persediaan saya.
Friday, January 02, 2009
bayang-bayang
hari pertama 2009 saya dan rakan2 berkelah di sungai congkak.
perjalanan kami tenang shj tanpa kehadiran kereta yg berpusu-pusu sprt biasa. mungkin kerana cuti yg pjg, org bandar pulang ke kampung.
sampai tepi sungai, lokasi kami pastikan dan makanan kami serang sblm memulakan tujuan asal iaitu beremdam dlm air sejuk. nyamannya air sungai congkak. tak lama kemudian tiba sebuah keluarga besar berkelah di sblh kami. generasi dari nenek ke cucu. kira-kira 20 org!
ramai nya ahli keluarga nenek ni. mesti dia gembira dilindungi oleh anak-anak sendiri.
kagum saya perhatikan nenek ini. tenaga nya sgt kuat utk seorang perempuan tua badan berisi berusia 70++ tahun. kakinya kuat melawan arus air terjun. nafasnya pjg di dlm air dingin. suaranya gah memecah desingan tujahan air. lengannya? saya kagum melihat urat di tangannya. terus hati saya berkata, apa harian nenek ini di masa mudanya? kuat sungguh!
kawan saya kata; org jawa mmg kuat kerja, setelah mendengar nenek itu bertutur loghat jawa.
apa agaknya nasib saya di hari tua?
dptkan saya dibayangi usia muda saya bila saya tua nanti?
Keaiban Pada Diri Kita ~ Syair Imam Shafei
Kita kerap meyalahkan zaman ini,
sedang keaiban sebenar adalah pada diri kita,
tiada sebarang aib pada zaman kita,
kecuali diri kita sendiri.
Kita kerap mencerca zaman ini tanpa jenayah dilakukannya..
kalau zaman tahu mengatur kata,
tentulah ia mencaci kita kembali
Dunia kita adalah lakonan dan menunjuk-nunjuk..
sebenar kan kita memperdaya Yang Maha melihat kita
Si serigala tiadalah pernah memakan daging rakannya..
sedangkan kita kerapkali makan daging semasa sendiri