Friday, January 16, 2009

nescafe

saya ialah penggemar kopi yg tegar.
saya sgt suka minum kopi terutamaya nescafe.
pagi saya akan dimulakan dgn kopi disusuli pula dgn kopi.. pendek kata sehari tanpa kopi sama seperti saya berpuasa. eh, ye ke?saya mulai sedar yg saya amat suka nescafe sejak di bangku sekolah lagi. nescafe lah teman saya belajar, menyanyi dan mengusik. pernah satu ketika semasa belajar di finland, teman saya dari malaysia mengirimkan nescafe 3in1 sbg tanda kasih dan syg mereka. semasa belajar di penang pula, bakul motosikal saya jadi tmpt saya mengumpulkan tin nescafe kosong sblm dihantar ke pusat kitar semula. hingga ada yg menyangkakan itu bakul sampah dan "tumpangkan" sekali sampah mereka.ini koleksi di ofis.
sejak bekerja, tabiat saya itu diperhatikan ramai dan tidak kurang pula yg menegur. apa boleh buat, itu dah jadi darah daging saya. sehari tanpa nescafe membuatkan saya tidak senang.

No comments: