Saturday, October 24, 2009

sapa salah?

hari ini hari sabtu 24 oktober 2009. kalender Islam, saya tak tahu.. maaf. malu.
kali ini hujung minggu di rumah sendiri saja.. menghabiskan masa yg senyap seorangan. mcm2 hal telah berlaku spjg hari minggu sudah. bermula dgn kakak angkat yg membatalkan kunjungan ke kuala lumpur. adehhh, penat je belatih dance move 'single ladies'. haha. kemudian pokok kaktus saya yg sepatutanya dah mati, berpucuk semula dgn gaya yg salah. pelik juga.

sibuk dgn kerja perkara biasa sejak kebelakangan ini. 3 hari saya bekerja luar ofis terasa bagaikan bebas sebentar dari tekanan hidup.

betulkah pilihan saya? antara kata hati dan ikut perasaan? bermalam tidur saya tidak tenang. resah dgn kerja dan keputusan yg dibuat.

tidur lewat mlm tadi melayan berkeping dvd. konon nak mengisi masa lapang dgn mengemaskini siri cerita terbaru. gaya hidup bujang. sudahnya fikiran saya tidak berhenti berpusing berfikir sehingga jam berapa pun saya tidak sedar.
saya terasa semakin tumpul. hantu saya sekali lagi minggu ni. lewat subuh. sgt lewat.
jadinya, salah siapa? (sendiri angkat tangan)

hari semakin ptg. mata ni dah mengantuk. hujan mula turun. aroma hujan ptg sudah dpt saya hidu. teringat semasa di sekolah. hujan memberi pelbagai semangat. kalau hujan ptg sebegini, alamatnya kami semakin 'rajin' bermain di padang. bila lagi nak main hujan kan??

kalau dpt pekena teh tarik nih mesti terangkat. yearghhh!!

1 comment:

Miss BumbleBee said...

aku punya malam minggu sangap juga.

patut kita pekena teh tarik tadi.

harini aku tak dapat aura kau.

sebab sesuatu telah berlaku semalam.

maka 'deria ke-6' aku kabur....