Tuesday, November 30, 2010

dalam hutan

dalam hutan ada taman

Tuesday, November 09, 2010

hukuman

jika hukuman ditafsirkan sbg ganjaran utk peringatan, apa akan jadi pada pengajaran? imbuhan?

Sunday, November 07, 2010

luar kawal

andai sesuatu yg penting berada dlm keadaan luar kawal?
kisah hidup ini berlari depan mata. dalam lariannya, dibawa bersama sebahagian hari esk. saya cuba berlari sama, tapi tak mampu. akhirnya saya berhenti dan biarkan dia jauh tinggalkan saya. peritnya tidak tertanggung. tapi itu lah kisahnya. kisah hidup luar kawal.

Monday, October 18, 2010

18 days

we did it.

setelah berbulan perancangan, akhirnya kami dah pun pulang dgn selamat.
penjelajahan di Eropah selama 18 hari tidak akan kami lupakan spjg hayat kami. moga kisah perjalanan ini tidak akan basi sampai bila-bila...

22/9 - kami bertolak dari LCCT. setelah pelbagai pantun dipersembahkan kpd bos utk meluluskan cuti, saya bergerak ke sepang dgn senyuman lebar. beban kerja saya tinggalkan.. tiba di london sudah ptg..

23/9 - udara pagi di london kami hirup dgn penuh semangat. wpun badan saya tiba2 kurang sihat, kami gagahkan diri mengunjungi mana2 tmpt yg sempat. utk org Soton, thank you sbb tunggu kami kat london.. syg hang!

24/9 - bertolak ke paris menaiki train eurostar. tiba di paris kami menapak selama 3 jam sbb underestimate saiz pintu gerbang yg famous itu..

25/9 - pagi2 lagi kami keluar utk beratur menaiki eiffel tower. perghhh... angin sejuk tak hingat!

26/9 - ke amsterdam dgn train juga.. sampai sudah ptg. tp rupanya amsterdam utk anak2 muda melepaskan mabuk dan 'mabuk'. hah! tp kami tetap terhibur dgn laluan-laluan air yg menarik...

27/9 - tak byk dpt kami lakukan di amsterdam..tp pelusuk kota itu kami jelajahi.

28/9 - perjalanan spjg mlm kami ke frankfurt.

29/9 - tiba di frankfurt pada pagi yg cerah. bandarnya cantik dan bersih.. setelah meronda-ronda, ptg itu kami menaiki bas ke airport sblm penerbangan ke rome diteruskan.. tiba di rome, hari pun dah lewat.

30/9 - hari pertama di rome penuh dgn keasyikkan. bangunan yg selama ini kami tatap di buku atau di tv dpt kami saksikan di depan mata sendiri. lebih mengiurkan kami dpt peluang masuk ke dlm colleseum...tidak pernah saya termimpi dpt menjejakan kaki ke tmpt ini..

1/10 - hari kedua kami di rome, vatican city jadi destinasi seterusnya. wpun tidak ada keberanian utk masuk ke dlm gereja, suasana di luar sudah cukup membuatkan kami bersyukur lahir sbg seorang Islam..

2/10 - kami menaiki penerbangan ke liverpool. kegagalan utk book bilik membuatkan saya aga resah. tp nasib menyebelahi kami.. mlm itu kami di liverpool sblm esknya bertolak ke manchester.

3/10 - tiba di manchester, hujan sungguh lebat. terpaksa duduk di stesen dulu sblm dpt menemui bilik yg sesuai. mujur bilik yg kami jumpa sgt dekat dgn stesen. hari itu kami ke stadium manchester. emmm..jauh panggang dari api rupanya.

4/10 - kami bertolak ke edinburgh menaiki keretapi. angin nya sgt sejuk, dgn bangunan yg sgt unik.. satu hari mmg tidak cukukp!

5/10 - sempat mengabiskan masa yg singkat di edinburgh sblm menaiki penerbangan ke southampton. tiba di southampton, kami dijemput dgn BMW dan masakan kampung di rumah...wahhhh enaknya. makan dan tidur!

6/10 - linda bawa kami berjalan ke stonehedge. wpun hanya 'batu' bak kata org soton, kami tidak akan menyesal dpt peluang ke sana... TQ Linda n Dayang..korang mmg best!

7/10 - perjalanan pagi bertolak ke london agak suram. memandangkan percutian kami akan sampai ke penghujung, hati ini agak keberatan.. di london, kami menghabiskan hari ke tmpt yg belum sempat kami lawati.. mmg best shopping kat london nih! ahakssss

8/10 - hari terakhir dan agak moody.. flight kami mlm, ptg itu kami bersiap. tp pagi tu sempat shopping sikit! heheh.. london, kita jumpa lagi.

9/10 - tiba di KL sudah ptg. hujan emas negeri org, hujan batu negeri sendiri. lebih baik negeri sendiri.. walau apa2 anugerah di negara org, saya tetap akan pulang. wpun saya mati di bumi emas, hati saya tetap di bumi batu ini.

moga satu hari nnti, perjalanan ini dapat saya ulang..

Friday, September 03, 2010

saya dan izzi

yes! dia dah muncul dan saya namakan dia izzi. semoga dia kekal bersama saya.

izzi, welcome to our life..

setelah perbincangan panjang dilakukan, berfikir lebih dari 2 kali, taklimat umum dari penguatkuasa dan ekspidisi pencarian harga terbaik dilakukan, saya akhirnya berjaya memilik idaman kalbu ini. bagi saya izzi lah yang terbaik. setiap kali memandangnya, saya tidak berhenti tersenyum. pulang dari kerja, saya sudah tidak sabar utk bersama izzi.. saya menjadi lebih rajin hanya utk kebaikan izzi. adehhhh mcm bercinta la pulak..


ini hasil izzi masa kami berbuka secara impromptu di felda

Friday, August 20, 2010

Prologue

He who returns from a journey is not the same as he who left.
Chinese proverb

siapa yg pergi tidak akan kembali seperti asalnya.. mana pun dia pergi, dari segi apa pun dia pergi.

Tuesday, August 17, 2010

buka kali ke-4

setakat ini rekod berpuasa saya masih lagi licin. rekod bersih? owh, tidak.. sampai shj di ofis, mcm2 'tajuk' perbincangan dikeluarkan.
pulang dari kerja, hujan sama seperti semalam. jalan sesak sama seperti hari-hari semalam. mahu atau tidak, ini habuan saya. sambil saya memandu, ruang2 lorong yang lebih laju saya intai. akhirnya saya tersekat di lorong yg pemandu lain kurang menekan hon..
rintik hujan masih byk, singgah di atas bumbung kereta depan. hai.. bila la nak sampai rumahhhh
saya rasa saya suka hujan.

Tuesday, August 10, 2010

ramadan

bulan puasa tahun ini pasti anginnya berbeza. sentiasa berbeza. walaupun saya rasa semakin biasa..
selamat menyambut ramadhan sahabat! sentiasa datang dengan rahmat.

Tuesday, August 03, 2010

penerimaan

penerimaan itu perlu datang untuk diri sendiri atau untuk diri org lain? perlukah saya rasa menerima sebenarnya saya tidak? walaupun saya tahu penerimaan saya tidak penting dan tidak boleh diambilkira.
antara jujur dari hati dan menjaga airmuka. saya perlu belajar untuk meletakkan diri jauh dari kumpulan itu. supaya tidak dianggap beban. supaya tidak dijolok dgn kata-kata tidak menyenangkan. saya manusia begitu juga mereka.
saya perlu lebih berhati-hati tapi tidak terlampau berhati-hati. umpama meletakkan diri dalam kotak, tapi berfikir di luarnya.
atau, saya tidak sedar yg saya sebenarnya takut? takut dgn perubahan..

Saturday, July 24, 2010

travel photography

antara hobi merayau-rayau dan mengambil foto, saya lebih gemar merayau. wpun menara KL hanya pernah saya lawati sekali semasa di tingkatan 3 (1996), saya melebelkan diri sendiri sbg backpacker tegar.
kini sudah tiba masanya saya letakkan hobi mengambil foto setaraf dgn hobi merayau saya. kamera saya yg sediada perlukan penambahbaikan. penambahbaikan yg memerlukan suntikan dana drpd pihak kerajaan mahupan pihak "kuasa tetap".

Monday, July 19, 2010

selamat pengantin baru

ya, abg2 kembar saya sudah selamat melangsungkan majlis persandingan mereka. perkara menarik : isteri-isteri mereka ialah sepupu sesama sendiri. hujan hadir dulu pada majlis tersebut sblm lain2 tetamu tiba. makcik saya kata, campak spender atas bumbung supaya tak hujan. ap-pa??!! petua org tua katanya. tapi petua itu diendahkan dan kehadiran hujan tidak dipersalahkan. sekurang-kurangnya hujan meredupkan suasana di sepanjang majlis slps reda. tetamu mmg ramai, memandangkan bapak terkenal dgn bilangan sahabat dan anak muridnya apatahnya lagi rakan2 abg2 saya kebanyakkannya mmg hadir utk menyaksikan kedua-duanya bersanding serentak. jurugambar terlampau ramai, macam majlis artis pulak. hmmm...
penat, sudah semestinya. tapi kemeriahan suasana menenggelamkan rasa penat itu. dgn telatah akiff yg sibuk dgn 'experiment' nya. adehhh
sebagai pemegang tugas banker pada hari berkenaan, saya berjaya mengusung beg berisi hasil salam-kaut ke mana jua. tugas yg mencabar dan penuh onar duri..
tak sabar tunggu gambar dari photographerSSS yg ramai itu!!

Sunday, July 11, 2010

World Cup 2010

tahun & lokasi
1998 - smt alor setar
2002 - usm penang
2006 - gombak selangor
2010 - ampang selangor!

tahun 1994 saya tak ingat. tapi pada tahun 1990, ada satu negara USSR.. woh!

mlm ini bakal berjaga lagi. sepanjang ptg saya awalkan waktu tido sampai kepala agak berpinar.. semoga perlawaan terakhir edisi 2010 menarik. apa kata sotong?! semua itu hanyalah satu kebetulan, wpun saya lebih kurang terpedaya dgn ramalan sotong. haha!

tapi saya punya ramalan sendiri : saya gulung stokin dan baling ke arah kasut yg diletakkan bersebelahan. kiri spain, kanan holland. dan stokin saya masuk tepat ke dlm kasut mewakili pasukannnnnnn hollandddddd. hidup oren!!!

awal pagi ini akan bersorak lagi. yeahhhhh!!

Thursday, July 08, 2010

perangi rasuah

slogan SPRM di tv hari ini :
"jangan beri, jangan terima"

saya nak tambah satu lagi :
"jangan minta"

Thursday, June 17, 2010

antara yakin dan bossy

kembali dari jajahan pulau 2 hari, simpulannya : total failure. kecuali pada bab perjalanan pergi dan balik kami yg selamat.

saya rimas dgn sifat kawalan. mengawal dan mengampu pengawal.
hak masing2 yg hendak dinafikan. kebebasan dewasa yg cuba disekat. tapi, sifat sendiri dikecualikan. saya tak faham kenapa ditafsir begitu.

pulang kami disambut kabar mengejutkan. sahabat hampir hilang nyawa, dan pembawa beritanya di maki.
fikiran yg mudah dipengaruhi. minit pertama : penerimaannya jelas dan positif. minit seterusnya berubah mengikut arus. jadi, apa haknya kami ini? perlu ada penunjuk pemikiran? sudah lah, sudah tua. kayuh la sendiri. kemudi la sendiri.

Tuesday, May 04, 2010

ketumbit dan hari ibu?

mengisahkan seorang budak yg sering kena ketumbit. ntah mana silapnya, ketumbit akan tiba.. mata kiri, mata kanan, semua dah kena. sampai satu tahap ketumbit akan naik di hidung dan ada kalanya di atas kepala atau di punggung. lalu ibunya mengambil sepotong akar herba (yg MASYA ALLAH pahitnya), dikupas licin dan disumbatkan ke dalam seketul pisang. lalu ibu itu berkata: nak kuat tak? kalau nak, cuba telan pisang ni.. lantas saya menelan pisang itu ala seorg hero bagi membuktikan bahawa saya ini kuat! sejak itu, ketumbit tidak pernah lagi tumbuh di mana2 bahagian tubuh saya..
that was 20 years ago.. looking back, i was blessed to be an often-sick child. extra attention, extra care and plus being the eldest daughter after 4 sons were the best pangkat anyone could ever had. i was the baby in my family for 7 years before my other brother and a sister came along. it was fun watching these 2 growing up while me and my elder brothers were already have a lot in mind. a lot..
growing up in a family full of boys was never easy for me. it was hard! i was always labelled as 'the girl' and i don't really like that. whatever i do there will always be a limit and comparison. my brothers, being boys, they were always 'creative'. when they cook, they put udang and other seafood in meggi, they will be considered as 'pandai masak'. me, if i do the exact same thing, i will be considered as 'malas masak'. same thing goes to...errr almost everything i guess. limitations and expectations. but, for whatever reasons, i think growing up is the best term anyone could ever experienced. if u don't have a memorable childhood; its hard to determine wheater u are a grown person or not. and i consider my self as a grown woman.. proud? why not??
last weekend, it has been 5 years. we spend almost half an hour at the very usual spot. i lost my self 5 years ago and it felt like a part of me has been taken away. maybe i still do.. and this week will be the appreciation week. if she is still around, we will definitely celebrate it. i will celebrate it, with my own way.
HAPPY MOTHER'S DAY to all mothers. especially to the ones who has multiple double trouble children!!

Thursday, April 08, 2010

OBSES









hidup ni kalau kita terlampau sibuk mengejar, mesti ada sesuatu yg tertinggal di perjalanan.
sederhana.
pengalaman yg mampu mengubah tanggapan hidup.
kejadian yg boleh merubah perancangan.
harapan. utk terus hidup.

Saturday, April 03, 2010

misi mencari

misi mencari akan gagal lagi.
kenapa susah sgt nak berjaya?
antara hidup dgn mati, jurangnya ialah mencari.
kenapa lenggoknya yg mesti saya ikut?
pulang dari negara matahari terbit, saya dapati kekurangan pada dirinya. geraknya tidak sprt dulu. putarannya ada kecacatan. mungkin itu balasannya saya serahkan hak penjagaan pada org yg kurang mengerti. bukan salah mereka, mereka hanya patuh. sudahnya saya yg paksa. atau mungkin sudah tiba masanya.
mulut terasa pahit. salah beli. tidak semanis yg biasa. takkan nak buang kot.
minggu yg susah. saya diletak ketepi kerana situasi. perlu kah saya memaksa? kalau memang saya tiada kriteria, darah daging bukan alasan. yg perlu saya buat, saya bergerak ke tmpt yg saya lebih selesa. masanya utk kepentingan diri. peluk diri dan tunduk.
agaknya mereka malu wujudnya saya antara mereka.

Friday, March 26, 2010

rindu

jika ditanya tentang siapa yg paling saya rindu, tanpa pikir panjang saya akan jawab “Mak”
tiada satu hari pun fikiran saya terlepas dari bayangan ibu saya
ibu saya garang, tegas dan panas; tapi tiada org lain yg dpt menyayangi saya sehebat mak menyanyangi saya. tapak tangannya boleh memanaskan pipi saya tapi kerap kali menyejukkan hati saya.

sepanjang hidup saya akan merinduinya
anda bagaimana?
who do you miss the most?

Thursday, March 25, 2010

mimpi lagi

mimpi
malam ini mimpi lagi
dalam mimpi saya tewas. sering tewas.
ruang itu gelap. tiada warna

saya duduk diam. jantung berdegup pantas.
lantas saya terjaga dgn peluh.
itu mimpi ngeri.
mimpi ngeri kerana saya keseorangan tiada teman.
dalam jaga saya selesa, tapi dalam mimpi saya berdebar..

IRIS















And I'd give up forever to touch you
Because I know that you feel me somehow
You're the closest to heaven that I'll ever be
And I don't want to go home right now

And all I can taste is this moment
And all I can breathe is your life
Because sooner or later it's over
I just don't want to miss you tonight

And I don't want the world to see me
Because I don't think that they'd understand
When everything's made to be broken
I just want you to know who I am

And you can't fight the tears that ain't coming
Or the moment of truth in your lies
When everything feels like the movies
And you bleed just to know you're alive

And I don't want the world to see me
Because I don't think that they'd understand
When everything's made to be broken
I just want you to know who I am

And I don't want the world to see me
Because I don't think that they'd understand
When everything's made to be broken
I just want you to know who I am

And I don't want the world to see me
Because I don't think that they'd understand
When everything's made to be broken

I just want you to know who I am
I just want you to know who I am
I just want you to know who I am
I just want you to know who I am

Sunday, February 21, 2010

sehari sehelai benang

lama-lama menjadi kain.
atau lama-lama menjadi bosan.

Friday, January 22, 2010

butang seluar

butang seluar saya makin kurang. pergi meniggalkan saya. lari. tp perlu rajin menjahit.
kehilangan butang seluar ini penanda lilitan pinggang sudah melebihi paras sepatutnya. kehendak melebihi pengeluaran. dan saya akur, saya perlu bersenam. kurangkan makan? owh, tidakkkkk. mkn itu nikmat saya. mcmana?