Saturday, June 30, 2012

Niatku

Aku tahu ia berakhir di situ.
Tapi ku tak mahu kau juga diheretku.

Kupupuk benci itu agar kau tak dikecewakan.
Satu hari kau akan tahu kebenaran.

Hari ini aku berdiri penuh dua kaki.
Labuh kainku menutup lutut ketar tanpa henti.

Nanti esok aku terbaring lesu.
Saat kau dibuai mimpi.
Hindar semua risau di hati.

Ketahuilah sayang, tangan kecilmu itu kugenggam hingga kini.
Yang dari dulu ingin kupimpin mengukir lahir antara mati.

-A.F-

Thursday, June 28, 2012

langit dan bumi

Langit dan bumiku bukan bandingan. Bukan jarak atau pemisah. Tapi peneman pelengkap hidup. Mereka itu membezakannya kerana merekalah dalang di per-antaranya.

Friday, June 08, 2012

hidup perlu ada rahsia

Hidup perlu ada rahsia utk kawalan diri. Tanpa rahsia hidup ini tiada kawalan. Power.