Saturday, July 24, 2010

travel photography

antara hobi merayau-rayau dan mengambil foto, saya lebih gemar merayau. wpun menara KL hanya pernah saya lawati sekali semasa di tingkatan 3 (1996), saya melebelkan diri sendiri sbg backpacker tegar.
kini sudah tiba masanya saya letakkan hobi mengambil foto setaraf dgn hobi merayau saya. kamera saya yg sediada perlukan penambahbaikan. penambahbaikan yg memerlukan suntikan dana drpd pihak kerajaan mahupan pihak "kuasa tetap".

Monday, July 19, 2010

selamat pengantin baru

ya, abg2 kembar saya sudah selamat melangsungkan majlis persandingan mereka. perkara menarik : isteri-isteri mereka ialah sepupu sesama sendiri. hujan hadir dulu pada majlis tersebut sblm lain2 tetamu tiba. makcik saya kata, campak spender atas bumbung supaya tak hujan. ap-pa??!! petua org tua katanya. tapi petua itu diendahkan dan kehadiran hujan tidak dipersalahkan. sekurang-kurangnya hujan meredupkan suasana di sepanjang majlis slps reda. tetamu mmg ramai, memandangkan bapak terkenal dgn bilangan sahabat dan anak muridnya apatahnya lagi rakan2 abg2 saya kebanyakkannya mmg hadir utk menyaksikan kedua-duanya bersanding serentak. jurugambar terlampau ramai, macam majlis artis pulak. hmmm...
penat, sudah semestinya. tapi kemeriahan suasana menenggelamkan rasa penat itu. dgn telatah akiff yg sibuk dgn 'experiment' nya. adehhh
sebagai pemegang tugas banker pada hari berkenaan, saya berjaya mengusung beg berisi hasil salam-kaut ke mana jua. tugas yg mencabar dan penuh onar duri..
tak sabar tunggu gambar dari photographerSSS yg ramai itu!!

Sunday, July 11, 2010

World Cup 2010

tahun & lokasi
1998 - smt alor setar
2002 - usm penang
2006 - gombak selangor
2010 - ampang selangor!

tahun 1994 saya tak ingat. tapi pada tahun 1990, ada satu negara USSR.. woh!

mlm ini bakal berjaga lagi. sepanjang ptg saya awalkan waktu tido sampai kepala agak berpinar.. semoga perlawaan terakhir edisi 2010 menarik. apa kata sotong?! semua itu hanyalah satu kebetulan, wpun saya lebih kurang terpedaya dgn ramalan sotong. haha!

tapi saya punya ramalan sendiri : saya gulung stokin dan baling ke arah kasut yg diletakkan bersebelahan. kiri spain, kanan holland. dan stokin saya masuk tepat ke dlm kasut mewakili pasukannnnnnn hollandddddd. hidup oren!!!

awal pagi ini akan bersorak lagi. yeahhhhh!!

Thursday, July 08, 2010

perangi rasuah

slogan SPRM di tv hari ini :
"jangan beri, jangan terima"

saya nak tambah satu lagi :
"jangan minta"