Wednesday, September 30, 2009

situasi

malam sudah semasa pulang dari kerja, jalanraya agak lengang. (past)
dia berjaya mengekalkan rekod tanpa kalahnya. (present)
sesuatu yg negatif itu tidak semestinya berakhir dgn kesusahan. (future)

hari ini mungkin lebih baik dari esok, maka nikmati hari ini. ia tidak akanberulang lagi.

Tuesday, September 29, 2009

salah

bangun.
mandi.
kerja.
makan.
kerja.
rehat.
kerja.
balik.
tidur.
dan bangun semula.

saya ada persepsi yg kadang2 saya sendiri sukar utk percayai. andai dunia ini berdiri atas perdirian saya, takkan saya wujudkan undang2 hakiki. adilkah? sedangkan hidup ini tidak pernah adil.
manusia tidak pernah puas. itu naluri. saya sendiri tidak pernah puas. cuma tidak berani mengaku bahawa naluri ini wujud kuat dlm diri saya. sentiasa mengejar dan tidak memandang apa yg dikendong.
salahkah fikiran saya?

Monday, September 28, 2009

upah

iklan raya baru ni nmpknya ulangan dari tahun2 lepas.
menarik perhatian saya, ttg iklan berkaitan upah seorang kanak2. iklan petronas tak silap.
pernah tak terfikir iklan visa @ mastercard ada tiru ala2 iklan upah ini?

btw, gitar saya dah baiki. dgn upah rm10.
yahuuuu..

Sunday, September 27, 2009

Pelangi Petang

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

Saturday, September 26, 2009

selamat hari raya

saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri.
maaf zahir batin.

7 syawal :)

saya ucap tahniah.
doa saya supaya yg terbaik.

Tuesday, September 15, 2009

panjang langkahnya

buat seorang teman.
rezekinya yg saya cemburui.
perjalanan kita takkan sudah, kawan.
satu hari nanti, kita akan menjengah kebelakang dan ketawa bersama mengenangkan nasib yg pernah kita tempuhi.
semoga perjalannya nanti sentiasa dilindungi tuhan.
semoga kepulangannya nanti penuh dgn kegembiraan.
sabar dan tenang.

.kak lin.

Thursday, September 10, 2009

monyet

kisah monyet yg kaku
ada sekor monyet tidak tahu duduk diam.
kacau org sana sini.
sudah itu adatnya.
kalau begitu, dia tidak kaku.

Wednesday, September 09, 2009

penat

maybe she's tired.
tired pretending to be someone she is not.
she told me she had enough. no more.
no more lying. no more pretending.

pada saya. kadang2 kita terpaksa berpura.
sudah kehendak alam.


Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati


Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu

Monday, September 07, 2009

soalnya

dtg seorang kawan bertanya soal 'mati'. tanya saya ttg mati.
tanya saya tentang mati??

kawan, saya bukanlah org baik2.
tapi bagi saya mati itu penyudah, penyelesaian. titik noktah satu masalah.
hidup ini satu masalah. tiada org tanpa masalah. cuma masalah kita tiada yg sama.
fikiran saya kawan, bersabarlah. dugaan tuhan bagi tu ada puncanya. takkan tuhan bagi kalau kita tak mampu.
Whatever doesn't kill you really does make you stronger.
trust me, babe!