Friday, August 20, 2010

Prologue

He who returns from a journey is not the same as he who left.
Chinese proverb

siapa yg pergi tidak akan kembali seperti asalnya.. mana pun dia pergi, dari segi apa pun dia pergi.

Tuesday, August 17, 2010

buka kali ke-4

setakat ini rekod berpuasa saya masih lagi licin. rekod bersih? owh, tidak.. sampai shj di ofis, mcm2 'tajuk' perbincangan dikeluarkan.
pulang dari kerja, hujan sama seperti semalam. jalan sesak sama seperti hari-hari semalam. mahu atau tidak, ini habuan saya. sambil saya memandu, ruang2 lorong yang lebih laju saya intai. akhirnya saya tersekat di lorong yg pemandu lain kurang menekan hon..
rintik hujan masih byk, singgah di atas bumbung kereta depan. hai.. bila la nak sampai rumahhhh
saya rasa saya suka hujan.

Tuesday, August 10, 2010

ramadan

bulan puasa tahun ini pasti anginnya berbeza. sentiasa berbeza. walaupun saya rasa semakin biasa..
selamat menyambut ramadhan sahabat! sentiasa datang dengan rahmat.

Tuesday, August 03, 2010

penerimaan

penerimaan itu perlu datang untuk diri sendiri atau untuk diri org lain? perlukah saya rasa menerima sebenarnya saya tidak? walaupun saya tahu penerimaan saya tidak penting dan tidak boleh diambilkira.
antara jujur dari hati dan menjaga airmuka. saya perlu belajar untuk meletakkan diri jauh dari kumpulan itu. supaya tidak dianggap beban. supaya tidak dijolok dgn kata-kata tidak menyenangkan. saya manusia begitu juga mereka.
saya perlu lebih berhati-hati tapi tidak terlampau berhati-hati. umpama meletakkan diri dalam kotak, tapi berfikir di luarnya.
atau, saya tidak sedar yg saya sebenarnya takut? takut dgn perubahan..