Monday, May 25, 2009

antara paking bot dan isu sumber air

saya pun pelik. knp cara paking bot dimasukkan di bawah tajuk isu sumber air. mmg ada kaitan dgn air, tapi isunya dah jauh menyimpang.
macam org nak jual insuran bila kita nak buat pinjaman bank.

Thursday, May 21, 2009

@TIOMAN

Anak siamang di pohon duri
Anak buaya berenang-renang
Jika malang menimpa diri
Bawalah tertawa supaya senang hati

Bawa aksin terlalu indah
Ombak bersusun berlari-lari
Jika berkata yang tidak berfaedah
Terlebih baik mendiamkan diri

Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran hendaklah di cari
Mana yang dapat janganlah di lupa

Anak ayam turunlah enam
Mati satu tinggal lima
Supaya kita janganlah jahanam
Baik tuntut pada ulamak

Wednesday, May 20, 2009

perjalanan

semasa menyusuri jalan ke mersing hujung minggu sudah, kami sempat bincangkan suasana zaman sekolah masing2. saya bukanlah dari golongan sekolah terpilih, tetapi cerita kami yg berbeza membuatkan perjalanan 5jam terasa singkat.

teringat saya zaman sekolah. pahit dan manis nya yg tidak mahu saya ulangi. pengalaman rakan2 yg lain di sekolah berbeza membuatkan saya tersenyum. betapa bertuahnya mereka. betapa beruntungnya saya.

Wednesday, May 13, 2009

kecurian di ofis

minggu lepas berlaku kes kecurian di ofis. kami rasa ia berlaku pada waktu malam di mana tiada seorang staf pun. pagi keesokkannya kami hadir ke ofis seperti biasa. tiada perkara pelik yg kami sedar pada waktu itu. nak kata ofis bersepah pun, mmg ini situasi sebenar di ofis (dgn fail merata-rata, drawing bersepah-sepah). boss tiba kira2 sejam slps kami, dan melihat tombol pintunya sudah tanggal.. jeng jeng JENGGGGG!!!
apabila pintu dibuka, didapati komputer riba bos sudah tiada.. segera kami memeriksa alat2 yg lain. dan hasilnya, beberapa peralatan ofis sudah lesap:
laptop (4 unit)
projektor (2 unit)
digi cam (2 unit)
cam coder (1 unit)
PDA (1 unit)
GPS (1 unit)
etc..

dan juga peralatan peribadi:
duit syiling
jam tgn
ear phone
...

Tuesday, May 12, 2009

Panti Asuhan Oleh Hetty Koes Endang

Bukanlah maksud hati ku hadir di situ
Tertulis panti asuhan depan rumahmu
Banyak saudaraku ada di situ
Semuanya berwajah sayu dan sendu
Mereka rindu kasihmu ayah dan ibu

Segelintirnya lahir di dunia
Ciptaan Tuhan yang Maha Kuasa
Mengapa harus menanggung derita jiwa
Kasihani kami semua

Ku ketuk hatimu tuan para budiman
Kami pun ingin bahagia
Beri kesempatan
Untuk menikmati kasih dan sayang
Rahmat Tuhan kepada umat manusia
Matahari 'kan tersenyum untuk dunia

Tuesday, May 05, 2009

MOTHER'S DAY

hari ibu semenjak empat tahun lalu mmg kabur bagi saya. dlm hati, hari ibu membuatkan saya termenung sorang. apa yg saya inginkan?? saya pun taktau..
SELAMAT HARI IBU utk semua emak / ibu / mama / mami / mom / umi / etc. paling istimewa utk kakak ipar (mama akiff!!)