Sunday, November 29, 2009

kisah satu gagak hitam.

kenapa satu?
dlm ramai2 dia terpilih, melakonkan watak gagak hitam. dia terpilih di antara watak2 permaisuri, puteri, dayang istana, gadis kg, nenek dan jiran sblh rumah.
gagak hitam. wataknya lebih 20 tahun lalu. dia tidak kisah, janji terpilih. langsung tidak terfikir knp dia yg terpilih menjadi gagak hitam; bukan puteri atau dayang.
ironi nya watak ini sbg penggangu gugat yg sentiasa diburukkan dgn warna.
kenapa dia? tidak kawan2 lain yg?
menjengah kembali peritiwa ini, saya terfikir.
tahun 1988; persembahan hujung tahun darjah 1. saya antara yg membuat persembahan.
ya, saya mmg budak comot! mungkin hingga kini ;p

Wednesday, November 25, 2009

antara sukun dan tulang empat kerat

hold that thought! katanya cinta itu indah. saya juga tahu.
dalam sedang menahan perut. saya teringat sukun goreng. dah goreng, tabur sedikit garam. wahhhh sgt sedap!

kenapa org panggil tulang empat kerat? dua tgn dan dua kaki kah?
antara daya, tenaga dan kemampuan.
tulang empat kerat perlu empat semangat??

jika benar masa itu emas, hanya org kaya mampu membeli masa.
tuhan bagi sama rata. hanya satu ini yg tuhan bagi semua sama. doktor - kerani, agung - drebar lori, semua. seorang pun tak lebih atau kurang. jika ini harta saya; semakin lama, semakin berkurang. entah bila akan habis.

Tuesday, November 24, 2009

angkat tangan dan jawab

motivasi tingkatan 5 sodozen tahun lalu.
bersama dr. shukri apakebendantah.
pakar motovasi ini bertanya: "apakah yg org ini hendak lakukan? sblm dia memulakan kerjanya dia berlari, bersenam, bersukan, angkat berat dan mcm2 lg supaya badannya berpeluh dan aliran darahnya laju dipam jantung. warmin up."
saya menjawab sambil menjerit; "chess!" - salah pakar jawab.
lantas ramai pelajar lain menjawab (dgn penuh sopan) dgn pelbagai jawapan. lumba basikal, badminton, main bola, hoki, mcm2.
tiba-tiba kawan sblh saya mengangkat tgn dan pakar memandang ke arahnya lantas kawan saya menjawab "catur.."
betul, awak dpt hadiah.
aik, tadi aku dah jawab???
pakar menjeling ke arah saya dan berkata: "lain kali angkat tgn dulu baru jawab. jgn jawab mcm samseng!"
ia memberi kesan kpd saya hingga kini..

Saturday, November 14, 2009

CINTA KITA

tafisiran lagu.
cuba jadikan 'cinta' dlm lagu ini sbg 'cita'.
maksudnya sgt mendalam..


cinta kita bagaikan kembara meniti samudera
biar liku kehidupan berbeza namun kita sama

dalam perjalanan ini mencari erti
mengenali diri siapa kita sebenarnya
tika dan waktu suatu suratan
akhirnya ketemu aku rindu

inilah duniaku impi damai di sisimu
inilah bebasku bersamamu yang kurindu
inilah duniaku insan seni di sisimu
inilah bebasku bersamamu yang kurindu

Saturday, November 07, 2009

mesin basuh

saya mewarisi sebuah mesin basuh yg berusia lebih sepuluh tahun. jenama national. buatan jepun. yg amat bonda saya sayangi.
ya, saya tidak blh menjalani kehidupan normal tanpa ciptaan mesin basuh ini.
jika rumah saya tiada tv, saya boleh bertahan. jika tiada peti sejuk, saya tetap bertahan. jika tanpa komputer, saya tetap terus bertahan. akan tetapi, jika tiada mesin basuh, saya rasa sprt dunia saya tidak lengkap.
saya masih ingat, semasa menuntut, kedai dobi menjadi lokasi tetap dlm jadual hari-hari saya. hingga ada yg menggelar motosikal saya sbg pengangkut baju dobi a.k.a supir dobi. ada juga yg menumpangkan baju mereka dlm bag dobi saya.
indahnya waktu itu...
kini, saya di keadaan yg sama cuma situasi yg berbeza. baju saya basuh sendiri. kedai dobi tidak lagi saya kunjungi. mudah-mudahan mesin basuh saya ini akan bertahan utk tempoh 10 tahun seterusnya.

Thursday, November 05, 2009

101

entry ke-101
saya tahu.
satu hari nanti.

Monday, November 02, 2009

tapi kenapa

maaf saya tidak sprt yg diharapkan.
saya tidak punya wajah persis siti norhalizut.
saya tidak punya pasangan hidup.
saya tidak punya zuriat saya sendiri.

ya, awak cantik, berpendidikan, suami yg hebat, anak2 yg comel. lengkap. sempurna.
tapi saya.. hanya begini.
salahkah saya?

fikiran saya, asalkan saya tidak menjadi beban org lain sudah. saya cuba. cuba menjadi yg terbaik. tapi apakan daya jika yg terbaik itu hanya guraun org lain. tajuk sindiran rakan2.
hidup saya, takdir saya.
sedih? menyesal? tidak pernah.
tapi kenapa.
kenapa mesti org tertawa?