Sunday, November 20, 2011

parut dan carut

saya dapat parut masa kecil dulu. parut nya panjang, dan besar di lutut. bila saya makin membesar, parut tu makin mengecil (di pandangan mata saya) tapi tanpa saya sedar, rupanya parut itu telah pun hilang sekarang. saya sedar ia telah hilang sebab saya lupa parut itu pada lutut kanan atau kiri.

parut dan carut adalah dua perkara berbeza yang dilabelkan negatif.

orang yang mengaku dirinya bijak 'membaca' orang lain adalah orang yang mudah ditipu.
orang yang mengaku dirinya bijak kerana berpengetahuan luas akan menjadi bahan ketawa bila menjaja pengetahuannya itu ke telinga orang yang sedia tahu.

besok bola sepak penentuan pingat perak dan emas sukan sea 2011. saya menonton malaysia menewaskan indonesia di bandung dan menewaskan myanmar di jakarta. suasana terlampau berbeza. dengan suara komentar berbahasa indonesia (rasa pelik bila tak dengar hasbullah awang) dan penonton yang mengeluh bila harimau muda mempunyai peluang - terus senyap bila dapat gol. secara umumnya boleh dikatakan indonesia gementar dengan pasukan malaysia. mereka tahu pasukan kita kuat, tapi yakin dengan pasukan mereka. setiap pergerakan pemain dibaca dan kelemahan dicari. serangan psikologi terus menerus di apikan kepada penyokong mereka. sebab itu lah semasa lagu negaraku ke udara gelora bung karno, ponyokong indonesia tidak henti-henti mengejek.

saya betul-betul berdebar untuk perlawanan besok. sudah pasti saya harapkan kemenangan. saya penggemar sukan yang kaki bangku. saya akan berdiri tegak semasa lagu negaraku esok! kaki bangku pun boleh berdiri.
doa saya untuk harimau muda dan ong kim swee!