Saturday, November 07, 2009

mesin basuh

saya mewarisi sebuah mesin basuh yg berusia lebih sepuluh tahun. jenama national. buatan jepun. yg amat bonda saya sayangi.
ya, saya tidak blh menjalani kehidupan normal tanpa ciptaan mesin basuh ini.
jika rumah saya tiada tv, saya boleh bertahan. jika tiada peti sejuk, saya tetap bertahan. jika tanpa komputer, saya tetap terus bertahan. akan tetapi, jika tiada mesin basuh, saya rasa sprt dunia saya tidak lengkap.
saya masih ingat, semasa menuntut, kedai dobi menjadi lokasi tetap dlm jadual hari-hari saya. hingga ada yg menggelar motosikal saya sbg pengangkut baju dobi a.k.a supir dobi. ada juga yg menumpangkan baju mereka dlm bag dobi saya.
indahnya waktu itu...
kini, saya di keadaan yg sama cuma situasi yg berbeza. baju saya basuh sendiri. kedai dobi tidak lagi saya kunjungi. mudah-mudahan mesin basuh saya ini akan bertahan utk tempoh 10 tahun seterusnya.

1 comment:

Miss BumbleBee said...

dobi di universitas paling superb dan wangi gila.

gah.

kenangan sungguh ini, kenapa kini agak pahit bila dikenang.

p/s: kena makan icecream lg bagi 'maniskan' dunia.

haha.