Tuesday, December 30, 2008

besok last

esok hari terakhir 2008. tahun 2009 ahli keluarga kami bakal bertambah.
byk kisah saya di 2008. bermula dgn langkah "berani" saya bekerja di terengganu. tak sampai 2 bulan saya kembali ke KL. sudah rezeki saya di sini.
mula bekerja di indah water, saya amat enjoy. Emak dulu selalu berkata; kita merancang, tuhan yg menentukan. jgn takut dgn risiko. baik buruk itu semua kerja tuhan. kita? buat shj... pejam mata. tutup telinga. kalau kita tak cuba skrg, sampai bila kita nak merasa?
pelbagai kata2 saya terima bila tinggalkan terengganu. mmg di sana lumayan. tp langkah saya berpindah tidak sesen pun sia2. pengalaman itu penting bg saya. mungkin satu masa nanti, saya akan pentingkan wang dari pengalaman. sekarang masa saya untuk mencuba. saya tak kisah. janji hati saya puas.

jentayu burung jentayu
hinggap di balik pokok mayang
bunga kembang akan layu
budi baik bilakan hilang

Monday, December 29, 2008

jgn kan anne jadikan taruhan!

untung lah smlm hujan. kereta tidak lagi perlu dicuci. membazir. jalan pun lecah. anne skrg sudah menjadi bahan kreativiti tgn yg nakal.

rejeki

tahniah buat mereka yg baru kawin. semoga bahagia.

sejak kembali ke rumah slps tanah runtuh, telinga saya sudah lali dgn bunyi heli. hinggakan bermain dlm tidur. tapi kahadiran heli sbnr nya menyedapkan hati.

tahun baru makin hampir. resolusi? azam? sejak saya boleh berfikir, saya tidak pernah tanamkan azam tahun baru. apatah lagi nak buat senarai azam yg belum tercapai.
untuk saya, jika ada azam TAHUN BARU, saya akan berlengah; bukan sprt org lain.

selamat menyambut maal hijrah buat yg membaca tulisan saya.

setelah seminggu tidak bekerja, saya sbnrnya rindu dgn tugasan saya. ditambah pula dgn cuti umum yg dtg berdikit-dikit. jiwa saya seolah-olah menanti bau itu... hahaha

pada lawatan kekeluargaan baru2 ini, cerita itu tidak lekang. kenapa org masih bertanya? itu rezeki saya. itu rezeki kami. dia masih berdiri tegak pada saya. segar. tak pernah luput.
harum tangannya masih dpt saya hidu

Friday, December 26, 2008

hari yg hilang

saya masih rindukan jepun.
terasa jiwa saya tertinggal di sana.
apa pun, saya berpijak di bumi sendiri. bangga kami anak malaysia. walaupun singkat, hari2 itu akan kekal di minda saya.

pokok ru memagari tanjung
mudik payang di air tenang
tambah sayu ingatkan untung
ke mana sayang merajuk hilang

gua hodoh milik garuda
tempat sembunyi puteri tawanan
jika jodoh tidak ke mana
asalkan hati berubah jangan

ada telaga di puncak gunung
jumlah tujuh letak setentang
mengapa leka duduk termenung
orang jauh bilakan pulang

Sunday, December 21, 2008

kulit kering


baru 3 hari kulit saya dah merekah.
aduhhh. sakit. tp menakjubkan dpt menikmati angin dingin kering di sini.
saya kagum dgn sikap mereka. bersihnya mereka. saya terkejut menyaksikan budaya mencuci mereka. ditambah pula dengan kaedah pengurusan masa mereka. aduhhhh menakjubkan.
hari ini hari terakhir kami di ogaki. bakal bertolak ke tokyo sebentar lagi. moga tokyo menyajikan aksi yg berbeza buat kami. byk lagi yg perlu saya pelajari.

hari ini menanam jagung
hari esok menanam serai
hari ini kita berkampung
hari esok kita bersurai

malam ini menanam jagung
malam esok menanam serai
malam ini kita berkampung
malam esok kita bercerai

Saturday, December 20, 2008

angin dingin

agaknya cuaca menyebabkan mata mereka sepet..
arigato gozaimas.
hari ini seharian akan ke nagoya. bukan cari kain, tapi cari pandangan. haha
rindukan che mah dan anne!

Wednesday, December 17, 2008

jom!

anak teruna tiba di darat
dari Makasar langsung ke Deli
hidup di dunia biar beradat
bahasa tidak dijual beli

Tuesday, December 16, 2008

kos RM RM

hari ini saya sekali lagi menyajikan kumpulan kerajaan dgn penerangan mengenai rancangan pembentungan.
entah kenapa bila tiba pada pembentungan, persepsi org ramai begitu negatif sekali. org ramai ini termasuk pihak kerajaan sendiri. sedangkan pada saya, pihak kerajaan adalah org2 yg serba tau dan serba maklum.
tiba soalan dibuka, seseorang bertanyakan ttg mengapa tidak sistem perkomputeran-canggih-online-ala2hollywood diletakkan pada semua pusat rawatan kumbahan?
boss jawab, bagi duit besok kami pasang.

pada asasnya perkhidmatan kami bukan perniagaan menguntungkan.
itu hakikat.
kalau ya selasih dandi
cendawan tumbuh di atas pintu
kalau ya kasihkan kami
guntingkan kami sehelai baju.

sehelai je

Monday, December 15, 2008

rentak isnin (monday blues)

isnin.

hari ini penuh dgn jadual. hanya jadual tanpa pergerakan memajukan jadual.
apa guna perancangan tanpa pergerakan.
oleh itu, jgn mengambil masa yg lama utk merancang.
saya benci meeting pjg

anak tiung atas rambutan
berbunyi bertongkat paruh
berhenti kapal di lautan
tiba angin berlayar jauh

bukit tinggi boleh didaki
lurah dalam berkala-kala
penat kaki boleh berhenti
berat beban siapa membawa

kampung tengah kotanya landai
permatang guntung ketinggian
jangan lengah janjikan sampai
untung-untung berkejadian

Friday, December 12, 2008

kabarnya

mutakhir:
"lokasi tragedi Bukit Antarabangsa ditutup serta-merta"

ptg tadi semasa pulang dari kerja, saya mengambil simpang awal ke bukit antarabangsa sblm meneruskan perjalanan ke gombak. hasrat hati nak lepaskan rindu pada che mah. hampir tiba, kereta yg beratur pjg membatalkan hasrat saya. lantas saya pusing kembali ke gombak.
terdahulu berita yg saya terima, jambatan hampir siap. org ramai sudah blh keluar masuk tapi dgn pas khas. jln sementara satu laluan shj. jadi kena tunggu giliran.
saya berharap mereka yg bekerja membina jalan ini tabah dan terus berusaha...
sekian

che mah

lega nya harini.
saya dah boleh pulang ke rumah.
cuma saya perlu gunakan jln alternatif yg dibina oleh pihak tentera.
trafik ok katanya. alhamdullilah

che mah akan berpenghuni utk hari2 akan dtg.

Thursday, December 11, 2008

nama

kawan saya tanya : kenapa limpranger?
saya kata : pengembara yg capek
kenapa capek?
kerana budgetnya sakit
haha

gurindam melayu menyejukkan hati

kajang pak malau kajang berlipat
kajang hamba mengkuang layu
dagang pak malau dagang bertempat
dagang hamba terbiar lalu


burung merpati terbang seribu
hinggap seekor di tengah laman
hendak mati di hujung kuku
hendak berkubur di tapak tangan

jujur

persoalan yg sering ditujukan kpd saya semenjak 2-3 hari ni:
nak kena pindah ke?
tak tahu lagi. tunggu arahan
tapi bila terlalu kerap soalan ini ditujukan, saya sendiri jadi gundah gulana. lantas, saya fikir saya tidak perlu lagi jujur kpd diri sendiri.

nak kena pindah ke?
tak kot, minggu depan jalan ok la tu.. rumah saya jauh sikit dari tanah runtuh. lagipun binaan apartment saya atas bukit batu. saya yakin rumah saya selamat.

tu dia, pjg lebar kenyataan saya skrg.
utk menyedapkan hati sendiri. entah lah. sampai bila.

berita hari ini pakar menjangkakan akan berlaku lagi runtuhan dlm masa 6 bln lagi.
bapak tanya dan saya jawab............. menyebabkan bapak terdiam.
bapak memahami situasi saya. dia tahu rumah itu usaha saya hasil dari bantuan dia sendiri.
saya berharap semuanya ok. InsyaAllah

Wednesday, December 10, 2008

tanah runtuh

bila tanah runtuh berlaku dan memberi kesan kpd saya.
saya tinggal kan rumah tempohari dgn perasaan yg sedih.
rumah yg saya tatang selama ini terpaksa saya abaikan buat sementara waktu
rumah kecil inilah tempat saya melepaskan lelah setelah penat bekerja

pada hari kejadian:

mujur saya tak melilau kemana2 pd mlm itu.
jam 4.30pg saya terjaga dan dapati keadaan gelap.
tidak terlintas di fikiran saya kejadian seburuk ini telah terjadi.
pkl 7.30pg abg saya talifon bertanyakan ttg tanah runtuh, tp pada pengetahuan saya tiada apa2 yg berlaku memandangkan talian elektrik terputus dan tv tidak dpt ditonton.
saya duduk termenung melayan pagi yg bising dgn bunyi heli.
panggilan dan sms saya terima bertanyakan kabar, lantas saya terfikir, teruk sgt ke keadaan di bawah?
saya ambil keputusan utk berjalan kaki melihat sendiri tmpt kejadian:

ini view saya. pada masa itu, saya tidak dpt lagi gambaran dari atas.
pada fikiran saya : kejap lagi diaorg sodok la tu.
panggilan dan sms masih bertubi2 melemahkan bateri telefon bimbit saya.
bapak memanggil acap kali hingga saya katakan jgn terlalu kerap talifon.
melihatkan org berpusu2 keluar dan berdasarkan panggilan yg diterima, saya buat keputusan utk keluar juga.
perut lapar, saya pun ke kafe di tmpt tinggal saya. didapati makanan abis licin dan kedai runcit juga sesak. di tambah pula keadaan kedai yg gelap gelita. mmg nmpk sedikit huru-hara.
saya naik ke rumah dan masak megi (sarapan la tu) dan berkemas2 serba sedikit. cukup utk cuti dua hari di kampung. lusa kan raya haji.. bapak pesan bwk barang penting. saya ambil paspot dan berjalan turun. kereta kesayangan saya terpaksa tinggalkan. kesian vivianne tiada berteman.
dlm perjalanan ke bwh, saya lihat org ramai mula beralih arah ke tmpt lain menyebabkan saya bertanya kpd sesiapa shj yg ada di situ.
air mula naik katanya. laluan di bwh tidak lagi blh dilalui. org ramai perlu naik di atas. hiking. tentera dah buat laluan - aduihhh... tp syukur beban saya tidak byk. tidak sprt org lain.
saya mula berjalan. semua yg ada di situ menghulurkan bantuan. agama, bangsa dan umur tolak ke tepi. semua sedia membantu. saat ini saya amat bangga menjadi rakyat MALAYSIA. saya pun turut membantu. w/pun hanya memimpin tgn seorang anak kecil, (ibunya mengangkat barang yg byk) saya bangga dgn diri sendiri... kami berjalan hingga ke puncak.
polis, tentera, bomba, rela, PBSM, petugas sukarela semuanya membantu. ibu2 mengandung dipimpin dgn penuh hati2. beg2 dan barang2 yg berat di angkat oleh mereka. hanya tuhan dpt membalas jasa baik mereka.
tiba di atas, saya lihat seorang makcik yg agak berumur pun membantu. hati saya terharu .
saya teruskan perjalanan lagi. kali ini menuruni bukit.
berjalan terus ke mrr2. saya sudah berjanji akan menunggu abg saya di esso. hujan renyai2. saya pun pakai baju hujan. hampir tiba di bawah, sebuah van menghulurkan bantuan menghantar saya dan bbrp org lain ke bawah... saya naik dan perhatikan jalan mulai sesak teruk. begitu juga dgn talian talifon. saudara-mara dan rakan2 tidak henti2 menalifon. mereka juga ingin membantu apa yg perlu. saya kata, tiada apa yg blh dilakukan pada masa ini. kita berserah.
sampai di esso, telefon bimbit saya terus padam. tidak lama kemudian abg saya tiba. dan kami terus pulang ke kampung, Perak. perjalanan 2.5jam mengambil masa hampir 4jam. lebuhraya agak sesak. tiba di kampung sudah 7.30mlm. ngam2 waktu berita jam 8.
tergamam saya sewaktu menonton berita. sgt terkejut melihat keadaan sebenar. tidak terfikir ia akan seteruk itu. pada waktu yg sama panggilan saya terima lagi dari rakan2..
fikiran saya buntu saat itu. perkara yg saya sangkakan kecil rupanya sebesar musibah. semua berkata, yg penting nyawa. iya, saya tahu, tapi...
2 hari di kampung tiada satu saat pun fikiran saya terlepas dari kejadian tanah runtuh itu. ditambah dgn hujan yg sgt lebat. w/pun rumah saya terletak kira-kira 200m dari tmpt kejadian, perasaan risau saya tetap tidak dpt dikawal. selamatkan rumah saya? kereta saya? harta benda yg saya usahakan selama ini?
ptg hari raya kami bertolak ke KL dan sempat singgah sebentar di kawasan kejadian. tiada apa yg blh saya lakukan. saya ke rumah kakak ipar utk menumpang tidur.
esoknya hari penting. vivianne perlu dikeluarkan segera. saya dah susun rancangan. barang2 yg perlu telah saya senaraikan. teman utk ke sana juga saya sudah pastikan.

hari menyelamatkan vivianne; kereta viva kesayangan afifa:

saya ke ofis pagi itu dgn pakaian yg serba ringkas.
selepas sarapan saya dan rakan segera ke tmpt kejadian.
nama didaftar dan perjalanan kaki kami pun bermula.

pelbagai agensi ada di tmpt kejadian. tidak kurang juga wartawan dari dlm dan luar negara.
saya berjalan dan mengucapkan terima kasih kpd semua petugas yg saya temui. pengorbanan mereka mmg besar. bantuan yg mereka hulurkan juga tidak henti.
kami berjalan dan terus berjalan.
kesan tanah runtuh dpt jelas dilihat. hati sedih dan risau. kesan retak di jalanraya sudah jelas kelihatan. bantuan tiba2 dihulurkan utk membawa kami naik di atas. kami terima dgn hati senang.
tiba di rumah, saya berkemas serba sedikit. cukup utk bbrp minggu rasaya. habis berkemas, barang dimuatkan ke dlm vivianne dah enjin nya dipanaskan. saya mengucapkan "jumpa lagi, rumah" kpd rumah saya. hati sedih.
perjalanan turun kami bermula.
setelah mendaftar keluar di pintu gate apartment, saya perhatikan kereta telah mula beratur keluar. perjalanan amatlah perlahan. dan utk tiba di bwh mengambil masa 2 jam. janji kereta saya selamat. perut menggelodak lapar.

hampir tiba di bawah, megi dlm cawan kecil dihulurkan. saya mkn sekelip mata. lapar sgt.
teman saya benar2 membantu. setelah berjaya keluar, saya terus ke rumah kakak ipar utk menyimpan barang. vivianne sgt comot. saya tersenyum.

mudah-mudahan hal ini sekejap saja. jgn lah berlarutan, doa saya..
lebih seratus sms saya terima berkaitan dgn kejadian ini.

TERIMA KASIH!


http://skalicentre.blogspot.com/
http://www.flickr.com/photos/afifagani

Friday, December 05, 2008

bila fikiran terdetik

tuai padi antara masak
esk jgn layu layuan
intai kami antara nmpk
esk jgn rindu rinduan

perkara intai & rindu

Wednesday, December 03, 2008

bila bulan tersenyum melihat saya


cantek nya bulan bila tersenyum

kawan saya tiba2 msg yg memberitahu 'bulan sedang tersenyum'. saya menjenguh dan nah, senyuman bulan nan indah. matanya memandang tepat ke saya dan tersenyum. seolah menyuruh saya tersenyum kembali. comel.
pagi ini agak panas

antara fantasi dan realiti

antara realiti sebuah sewage treatment plant.
semua alat dah out, effluent comply..
atau, alat berfungsi seadanya, effluent kaler macam taik.
itulah realiti. ini semua hasil dari aktiviti pengguna (kita) sendiri.
bak kata pepatah org indah water (sbnr nya hanya saya):
"kalau nak tau perangai sesebuah komuniti, tgk dari effluent sistem kumbahan mereka"
look at how they disposed their waste / unwanted 'items'
fetus pun org buang ke jamban!! sedih.

tinaju - kekasih

mlm yg singkat.
pagi yg sebuk.
mudah-mudahan hari ini lancar

toot toot... toot toot
helo, cindi
saya la, indah water..
amacam, repot dah siap?
bla bla...

Tuesday, December 02, 2008

aku menulis bukan kerna nama

tak pernah paparkan tulisan ini pada sapa2.
harapan agar tulisan ini sedap dibaca.
mlm ni mlm teater. janji dgn partner in crime sprt biasa. lepas ofis bedezup terus ke wangsa maju ambil teman ku itu. teater bertajuk "cinta julia" monolog dari pelakon kegemaran fauziah nawi. mesti best. kali terakhir tonton fauziah nawi di usm tak silap, atau di IB. tapi apapun mmg best.
harini dpt jaket yg dinanti tp agak kecewa, nama senget sgt. ditambah pula kaler gabungan biru tua + hijau terang. sgt... hermmmm. tp org lain kesian, tak dpt lg.. haah
alamak, member panggil. brenti tulis jap. panggilan ini harus ku jawap.
hingga tulis lg.