Wednesday, December 30, 2009

menanti tahun baru

2009 bakal berakhir. apa azam saya? saya tidak pernah mempunyai azam tahun baru. pernah sekali saya terdengar di radio, org yg tiada azam ialah org yg takut kalah atau takut utk berjuang. benarkah saya begitu?
KPI 2009 saya hancur. putus asa saya mahu selesaikannya. KPI tidak sesuai buat kami. mungkin azam tahun 2010 ialah menyempurnakan KPI? sedih memikirkannya.
lembaran baru akan dibuka dgn yg lama masih melambai. setahun lagi saya melangkah. tanpa sedar, sudah masuk tahun ke-5. suaranya masih saya dgr ke hari ini. suatu hari nnti, rindu saya akan berakhir.
jgn mudah percaya katanya. kepercayaan itu bagai nyawa. sekali terputus tidak akan bersambung kembali.

Saturday, December 12, 2009

tanah melayu

tanah ini kaya.
takkan melayu hilang di dunia.

Wednesday, December 09, 2009

matahari

sehari dua ini saya melihat matahari ptg. senja jingga di ruang tamu rumah saya.
rasanya sudah berminggu saya hilang pandangan ini. nmpknya ruang utk bersenang masih ada lagi. bakul baju pun sudah kerap kosong.
ini bukan normal saya. jadi buntu pun ada. rasa pelik pulang awal ke rumah.
benarkah masa mengubah segalanya?
benarkah masa merawat semuanya?
hari ini saya lihat matahari terbenam dari ruang rumah. esok mungkin dari ruang bilik file di ofis. lusa?
byk iklan di sana sini, radio, tv, billboard ttg mengumpul wang, mencari harta. kaya di usia muda. bersara dgn hati yg senang. semua org ingin kaya. saya juga terfikir pasal kaya.
saya?
mungkin?? takut juga..

Monday, December 07, 2009

lupa dan marah.


lupa.
satu perkataan yg amat sinonim dgn diri saya. dlm masa yg singkat, saya amat mudah lupa. hinggakan dlm satu episod perbualan, saya akan bertanyakan soalan yg sama 2 kali.
kelmarin saya lupa lagi. mmg saya lupa atau sengaja saya lupa. lupa utk memberitahu atau lupa bahawa perkara itu perlu diberitahu..
kepada si dia, maaf saya mohon..
sebut pasal lupa. saya lupa janji pd diri sendiri. cuba mengawal diri, tp lupa lagi.
fikiran jadi singkat bila emosi dikawal oleh perasaan marah.
marah.
knp saya cepat marah? mungkin kah saya cepat melatah??
kalau saya lari dari persekitaran yg menyebabkan saya marah, maksudnya saya perlu berhenti melakukan perkara yg saya cinta. perkara marah dan mengawal stress. atau mungkin jiwa saya yg amarah ini pelepas stress saya?
kadang2 saya terfikir. sbnrnya pd hakikat, saya marah kpd perkara di dpn saya atau saya marah dgn diri sendiri? mungkin saya tidak berpuas hati apb perkara itu tidak menjadi sprt apa yg dlm pemikiran telus saya.
saya cuba utk berhenti sebentar dan berfikir lagi.. belum sudah perkara itu saya fikirkan, marah saya sudah hilang. mungkin itu yg mereka katakan: 'fikir dulu sblm bertindak'.
perlu ada waras agar saya tidak lupa!!
kawan, sup tu jgn lupa. nnti kering ayang nak mkn ;p

Saturday, December 05, 2009

kerja amal

terima kasih tiket free.
menonton natrah, hati saya benar2 pilu. sedih.
malangnya nasib dia bila hati dan perasaan sendiri tidak diambil kira. kepentingan org lain yg digembar gemburkan. hingga masyarakat sendiri tidak terfikir kemungkinan yg ada.
natrah mangsa keadaan. hingga akhir hayatnya.

tiba-tiba saya terfikir tentang kerja amal. kerja yg sepatutnya dilakukan menggunakan tenaga yg ada. tanpa mengharapkan pulangan sesen pun. wujudkan 'kerja amal' dlm kamus hidup saya?