Monday, June 08, 2009

seringgit yg paling saya ingat

kenduri kahwin abg saya berakhir sudah. lega rasanya. kesian bapak, penat dan sedih. apabila semua tetamu sudah pulang, tugas yg paling seronok perlu dilakukan: kira duit! berkeping-keping wang kertas kami keluarkan dari sampul wang. tiba di satu sampul berwarna biru, sekeping wang seringgit di keluarkan. lalu adik saya berkata, seringgit je?! duit raya lagi banyak. lantas saya teringat kisah wang seringgit pemberian seorang nenek kpd adik saya di ruang menunggu wad kecemasan pada malam emak meninggal. deruan air mata kami menarik perhatian semua org di ruang menunggu tersebut. mungkin kerana simpati terhadap adik saya yg masih kecil ketika itu, nenek tersebut menghulurkan wang dari poketnya. kesian nenek itu, uzur sakit dan tua. barangkali adik saya sudah lupa kisah wang seringgit ini. sudah 4 tahun, 1 bulan, 8 hari berlalu. banyak perkara sudah kami lalui tanpa nya di sisi.

No comments: