Thursday, July 30, 2009

kerusi antik

saya menyusuri perjalanan ke taiping beberapa minggu sudah. lama jalan ini tidak saya lalui. pekan lama yg unik. pekan yg menyimpan pelbagai barangan antik.

kerusi ini misalnya. kali pertama melihat, saya terus suka. dua jam termengu di atas kerusi ini membuatkan hati saya puas. ingin saya miliki kerusi ini, juga almari yg antik berada di sebelahnya.

entah kenapa, lewat2 ini saya makin menggemari barangan antik.

Tuesday, July 28, 2009

tribute (al-fatihah)

perginya seorang serikandi Malaysia.
saya terima berita tentang pemergian Y.A. semasa berada di kota singa. ikhlas saya katakan, hati saya sayu. wpun tidak mengenali, Y.A. dekat di hati saya dan ribuan rakyat Malaysia yg lain. she was a true Malaysian.

Monday, July 06, 2009

mengambil keputusan

mengaku sajalah.. kata dia.
iskh, gila kau! saya jawab.
byk kerja gila dlm dunia ini. saya tau.
kunjungan saya ke toko buku baru2 in membuka satu lembaran baru. harapnya keputusan saya kali ini bakal berakhir dgn gembira. walau saya tahu byk dugaan nya. tapi, apa makna hidup tanpa dugaan dan cabaran. jika saya tidak cari cabaran, cabaran bakal dtg mencari saya.. masalah jawab nya.
terima kasih.

Wednesday, July 01, 2009