Tuesday, March 31, 2009

hu'uh

saya tidak nafikan utk 1 bulan ini kerja di ofis mmg byk. tidur saya terganggu kerana terbawa kerja dlm mimpi. mkn saya tidak menentu kerana masih berbincang perihal kerja semasa lunch.
lantas saya tanya kan pendapat rakan2 sekerja saya. sibukkah mereka?
mencurah2 aduan diberikan pada saya. saya faham, masing2 ada komitmen. saya yg bujang ni pun ada komitmen. (kaktus kat umah sapa nak siram??)
lalu saya pun sampaikan hal ini kepada yg lebih layak mendengar. boss.
malangnya pendapat saya ini tidak diterima. kerja harus didahulukan.
kerja harus didahulukan??!!
dlm hidup ini, hanya satu benda yg tuhan bagi sama rata.
masa.
itu pesan Mak.

Wednesday, March 25, 2009

cantik

cantik bagi saya sgt subjektif.
cantik itu nilai. dan nilai bagi setiap org berbeza. rm10 bagi boss saya sikit, tapi bagi tea lady dari indon, rm10 tinggi nilai nya..
hari ini saya cuba lihat semua benda dari sudut berbeza. yg cantik saya tidakkan, yg mahal saya murahkan. hasilnya? saya lebih byk termenung.

boss pagi tadi memanggil saya memberi kabar kurang senang. ekonomi kurang baik dijadikan alasan..

Monday, March 23, 2009

budget

sudah hampir 2 minggu saya tanpa apa2 entry baru dlm blog ini.
sejak sbln lepas byk langganan saya batalkan. majalah, astro, internet... dan dgn itu. aktiviti di alam siber sudah byk berkurangan.
saya teringin : kurangkan perbelanjaan harian / bulanan, supaya dpt ke rantau lebih kerap!
ingin saya melihat lebih byk sudut dunia sblm diri tidak kemampuan lagi.
dunia ini luas utk manusia sekerdil saya.

Tuesday, March 10, 2009

kecewa

minggu sudah saya diberikan tugasan utk membuat satu lagi presentation kpd pegawai kerajaan.
maka saya dgn bertungkus lumusnya menyiapkan edisi terbaru presentation saya. sepatutnya pagi ini saya dgn penuh segak (ehem ehem) akan menyampaikan presentation itu yg sudah acap kali dilatihkan. tiba-tiba, sdg saya bersarapan...
pipa, ahmad call. dia suruh call balik.
haiihhhh.. apa hal pulak.
tot tot. tot tot.
helo en. ahmad. saya ni afifa.
ha... afifa! awak tak perlu present harini. saya yg present.
aik, last minit betul.. - dlm hati.
ooo ye ke? so saya tak perlu ke intan la harini?
eh, perlu perlu.. nnti ada apa2 soalan awak yg jwb yer?
ces.. jadi lah saya minah pacak sprt pencacai pagi tadi.
apa yg saya kecewa kan, masa yg telah saya luang utk menyiapkan presentation itu. walhal, kerja saya yg lain berlambak lagi.
kembali ke ofis:
pipa, report u kena hantar before 24hb ni. semua sekali.
GULP!!