Wednesday, December 10, 2008

tanah runtuh

bila tanah runtuh berlaku dan memberi kesan kpd saya.
saya tinggal kan rumah tempohari dgn perasaan yg sedih.
rumah yg saya tatang selama ini terpaksa saya abaikan buat sementara waktu
rumah kecil inilah tempat saya melepaskan lelah setelah penat bekerja

pada hari kejadian:

mujur saya tak melilau kemana2 pd mlm itu.
jam 4.30pg saya terjaga dan dapati keadaan gelap.
tidak terlintas di fikiran saya kejadian seburuk ini telah terjadi.
pkl 7.30pg abg saya talifon bertanyakan ttg tanah runtuh, tp pada pengetahuan saya tiada apa2 yg berlaku memandangkan talian elektrik terputus dan tv tidak dpt ditonton.
saya duduk termenung melayan pagi yg bising dgn bunyi heli.
panggilan dan sms saya terima bertanyakan kabar, lantas saya terfikir, teruk sgt ke keadaan di bawah?
saya ambil keputusan utk berjalan kaki melihat sendiri tmpt kejadian:

ini view saya. pada masa itu, saya tidak dpt lagi gambaran dari atas.
pada fikiran saya : kejap lagi diaorg sodok la tu.
panggilan dan sms masih bertubi2 melemahkan bateri telefon bimbit saya.
bapak memanggil acap kali hingga saya katakan jgn terlalu kerap talifon.
melihatkan org berpusu2 keluar dan berdasarkan panggilan yg diterima, saya buat keputusan utk keluar juga.
perut lapar, saya pun ke kafe di tmpt tinggal saya. didapati makanan abis licin dan kedai runcit juga sesak. di tambah pula keadaan kedai yg gelap gelita. mmg nmpk sedikit huru-hara.
saya naik ke rumah dan masak megi (sarapan la tu) dan berkemas2 serba sedikit. cukup utk cuti dua hari di kampung. lusa kan raya haji.. bapak pesan bwk barang penting. saya ambil paspot dan berjalan turun. kereta kesayangan saya terpaksa tinggalkan. kesian vivianne tiada berteman.
dlm perjalanan ke bwh, saya lihat org ramai mula beralih arah ke tmpt lain menyebabkan saya bertanya kpd sesiapa shj yg ada di situ.
air mula naik katanya. laluan di bwh tidak lagi blh dilalui. org ramai perlu naik di atas. hiking. tentera dah buat laluan - aduihhh... tp syukur beban saya tidak byk. tidak sprt org lain.
saya mula berjalan. semua yg ada di situ menghulurkan bantuan. agama, bangsa dan umur tolak ke tepi. semua sedia membantu. saat ini saya amat bangga menjadi rakyat MALAYSIA. saya pun turut membantu. w/pun hanya memimpin tgn seorang anak kecil, (ibunya mengangkat barang yg byk) saya bangga dgn diri sendiri... kami berjalan hingga ke puncak.
polis, tentera, bomba, rela, PBSM, petugas sukarela semuanya membantu. ibu2 mengandung dipimpin dgn penuh hati2. beg2 dan barang2 yg berat di angkat oleh mereka. hanya tuhan dpt membalas jasa baik mereka.
tiba di atas, saya lihat seorang makcik yg agak berumur pun membantu. hati saya terharu .
saya teruskan perjalanan lagi. kali ini menuruni bukit.
berjalan terus ke mrr2. saya sudah berjanji akan menunggu abg saya di esso. hujan renyai2. saya pun pakai baju hujan. hampir tiba di bawah, sebuah van menghulurkan bantuan menghantar saya dan bbrp org lain ke bawah... saya naik dan perhatikan jalan mulai sesak teruk. begitu juga dgn talian talifon. saudara-mara dan rakan2 tidak henti2 menalifon. mereka juga ingin membantu apa yg perlu. saya kata, tiada apa yg blh dilakukan pada masa ini. kita berserah.
sampai di esso, telefon bimbit saya terus padam. tidak lama kemudian abg saya tiba. dan kami terus pulang ke kampung, Perak. perjalanan 2.5jam mengambil masa hampir 4jam. lebuhraya agak sesak. tiba di kampung sudah 7.30mlm. ngam2 waktu berita jam 8.
tergamam saya sewaktu menonton berita. sgt terkejut melihat keadaan sebenar. tidak terfikir ia akan seteruk itu. pada waktu yg sama panggilan saya terima lagi dari rakan2..
fikiran saya buntu saat itu. perkara yg saya sangkakan kecil rupanya sebesar musibah. semua berkata, yg penting nyawa. iya, saya tahu, tapi...
2 hari di kampung tiada satu saat pun fikiran saya terlepas dari kejadian tanah runtuh itu. ditambah dgn hujan yg sgt lebat. w/pun rumah saya terletak kira-kira 200m dari tmpt kejadian, perasaan risau saya tetap tidak dpt dikawal. selamatkan rumah saya? kereta saya? harta benda yg saya usahakan selama ini?
ptg hari raya kami bertolak ke KL dan sempat singgah sebentar di kawasan kejadian. tiada apa yg blh saya lakukan. saya ke rumah kakak ipar utk menumpang tidur.
esoknya hari penting. vivianne perlu dikeluarkan segera. saya dah susun rancangan. barang2 yg perlu telah saya senaraikan. teman utk ke sana juga saya sudah pastikan.

hari menyelamatkan vivianne; kereta viva kesayangan afifa:

saya ke ofis pagi itu dgn pakaian yg serba ringkas.
selepas sarapan saya dan rakan segera ke tmpt kejadian.
nama didaftar dan perjalanan kaki kami pun bermula.

pelbagai agensi ada di tmpt kejadian. tidak kurang juga wartawan dari dlm dan luar negara.
saya berjalan dan mengucapkan terima kasih kpd semua petugas yg saya temui. pengorbanan mereka mmg besar. bantuan yg mereka hulurkan juga tidak henti.
kami berjalan dan terus berjalan.
kesan tanah runtuh dpt jelas dilihat. hati sedih dan risau. kesan retak di jalanraya sudah jelas kelihatan. bantuan tiba2 dihulurkan utk membawa kami naik di atas. kami terima dgn hati senang.
tiba di rumah, saya berkemas serba sedikit. cukup utk bbrp minggu rasaya. habis berkemas, barang dimuatkan ke dlm vivianne dah enjin nya dipanaskan. saya mengucapkan "jumpa lagi, rumah" kpd rumah saya. hati sedih.
perjalanan turun kami bermula.
setelah mendaftar keluar di pintu gate apartment, saya perhatikan kereta telah mula beratur keluar. perjalanan amatlah perlahan. dan utk tiba di bwh mengambil masa 2 jam. janji kereta saya selamat. perut menggelodak lapar.

hampir tiba di bawah, megi dlm cawan kecil dihulurkan. saya mkn sekelip mata. lapar sgt.
teman saya benar2 membantu. setelah berjaya keluar, saya terus ke rumah kakak ipar utk menyimpan barang. vivianne sgt comot. saya tersenyum.

mudah-mudahan hal ini sekejap saja. jgn lah berlarutan, doa saya..
lebih seratus sms saya terima berkaitan dgn kejadian ini.

TERIMA KASIH!


http://skalicentre.blogspot.com/
http://www.flickr.com/photos/afifagani

2 comments:

Arin said...

bape lama perjalanan nak bawak keta turun ye pipah?

Unknown said...

2jam baru sampai bwh. kalau jln kaki dlm 15min..