Friday, January 27, 2012

Mislead

Perkara mengenai kepercayaan - bukan agama.

Perkara yang dipelajari semasa usia bertambah. Don’t trust people, and don’t let people trust you. You just might mislead them.

Kepercayaan ialah keyakinan tanpa ragu pada sesuatu. Tapi bila kepercayaan itu dicabul haknya, keyakinan itu akan luntur mungkin pudar selamanya,

Bila dipikir balik, atas dasar apa kepercayaan itu dibina. Dan atas sebab apa pencabulan itu berlaku. Jika keduanya tiada kaitan, mungkin keyakinan akan timbul kembali.

Punca, situasi, kebodohan / kejahilan jadi tanda tanya. Nilai pada dasar yang dibina dipertikaikan. Mungkin penilaian masing-masing disalahertikan. Subjektif.

Kemaafan ialah perkara yang akan meleraikan segalanya. Tapi tergantung pada penerimaan. Lama mana penerimaan itu atau jauh mana pun penerimaannya, tiada siapa yang tahu. Jangan dipaksa. Bukan mudah untuk dibina kembali.

Harapan jika persefahaman yang diminta, tapi sebenarnya persefahaman yang perlu diberikan.

Hidup ini indah, hidup ini panjang. Kalau kita kotorkannya, kita yang rugi. Kalau kita singkatkannya, entah siapa yang nak merana…

No comments: