hidup ni macam bercinta.
tiba-tiba rasa cinta muncul kembali. kemudian rindu. tertekan. boring.
pendirian dan maruah.
hipokritlah jika itu menjaga maruah kita.
langit itu kita lihat biru sedangkan ianya ruang gelap tiada penghujung.
roma pun beruban.
apa yang ada pada mata kasar? kenapa tidak mata hati?
Saturday, December 22, 2012
Sunday, October 14, 2012
Sumat
Mungkin skrg ia dah lain
Kasih antara nya dah terjalin
Hidupku tak berlingkar sekitarmu
Aku tidak mahu atau kau yg tak tahu
Cerita yg dulu jadi kenangan
Agar kita simpan
Buat pedoman atau dendam
Kita saja yg faham
Wednesday, July 11, 2012
Wednesday, July 04, 2012
Aku Freelance
Keluar pagi balik dinihari,
Tak nampak pun matahari,
Hari-hari memang semacam ini,
Aku freelance.
Fail penuh atas meja,
Tanda pangkah pada kalendar,
Merah tebal tarikh nak hantar,
Aku freelance.
Salah buat kena bambu,
Memang semuanya salah kamu,
Nak bonus je engkau tahu,
Aku freelance.
Tidur lambat, bangun lewat,
Baju kedut, tak payah gosok,
Setiap hari hujung bulan,
Ya, aku memang freelance!
-A.F-
Tak nampak pun matahari,
Hari-hari memang semacam ini,
Aku freelance.
Fail penuh atas meja,
Tanda pangkah pada kalendar,
Merah tebal tarikh nak hantar,
Aku freelance.
Salah buat kena bambu,
Memang semuanya salah kamu,
Nak bonus je engkau tahu,
Aku freelance.
Tidur lambat, bangun lewat,
Baju kedut, tak payah gosok,
Setiap hari hujung bulan,
Ya, aku memang freelance!
-A.F-
Saturday, June 30, 2012
Niatku
Aku tahu ia berakhir di situ.
Tapi ku tak mahu kau juga diheretku.
Kupupuk benci itu agar kau tak dikecewakan.
Satu hari kau akan tahu kebenaran.
Hari ini aku berdiri penuh dua kaki.
Labuh kainku menutup lutut ketar tanpa henti.
Nanti esok aku terbaring lesu.
Saat kau dibuai mimpi.
Hindar semua risau di hati.
Ketahuilah sayang, tangan kecilmu itu kugenggam hingga kini.
Yang dari dulu ingin kupimpin mengukir lahir antara mati.
-A.F-
Tapi ku tak mahu kau juga diheretku.
Kupupuk benci itu agar kau tak dikecewakan.
Satu hari kau akan tahu kebenaran.
Hari ini aku berdiri penuh dua kaki.
Labuh kainku menutup lutut ketar tanpa henti.
Nanti esok aku terbaring lesu.
Saat kau dibuai mimpi.
Hindar semua risau di hati.
Ketahuilah sayang, tangan kecilmu itu kugenggam hingga kini.
Yang dari dulu ingin kupimpin mengukir lahir antara mati.
-A.F-
Thursday, June 28, 2012
langit dan bumi
Langit dan bumiku bukan bandingan. Bukan jarak atau pemisah. Tapi peneman pelengkap hidup. Mereka itu membezakannya kerana merekalah dalang di per-antaranya.
Friday, June 08, 2012
hidup perlu ada rahsia
Hidup perlu ada rahsia utk kawalan diri.
Tanpa rahsia hidup ini tiada kawalan.
Power.
Subscribe to:
Posts (Atom)