Saturday, December 10, 2011

Kasih Tak Kesampaian

Kupujuk hati nan rindu
Melihat engkau berlalu
Terpegun bagai bermimpi
Hilang kau dari sisi
Kini ku bersendiri

Bersama membelah badai
Bersama menyusur pantai
Dan aku menyedari
Kini kau tiada lagi

Kejujuranmu kesetiaanku
Kata akhir darimu

Bersama cindai putih
Kau bawa bersama
Kasih tak kesampaian

Sunday, November 20, 2011

parut dan carut

saya dapat parut masa kecil dulu. parut nya panjang, dan besar di lutut. bila saya makin membesar, parut tu makin mengecil (di pandangan mata saya) tapi tanpa saya sedar, rupanya parut itu telah pun hilang sekarang. saya sedar ia telah hilang sebab saya lupa parut itu pada lutut kanan atau kiri.

parut dan carut adalah dua perkara berbeza yang dilabelkan negatif.

orang yang mengaku dirinya bijak 'membaca' orang lain adalah orang yang mudah ditipu.
orang yang mengaku dirinya bijak kerana berpengetahuan luas akan menjadi bahan ketawa bila menjaja pengetahuannya itu ke telinga orang yang sedia tahu.

besok bola sepak penentuan pingat perak dan emas sukan sea 2011. saya menonton malaysia menewaskan indonesia di bandung dan menewaskan myanmar di jakarta. suasana terlampau berbeza. dengan suara komentar berbahasa indonesia (rasa pelik bila tak dengar hasbullah awang) dan penonton yang mengeluh bila harimau muda mempunyai peluang - terus senyap bila dapat gol. secara umumnya boleh dikatakan indonesia gementar dengan pasukan malaysia. mereka tahu pasukan kita kuat, tapi yakin dengan pasukan mereka. setiap pergerakan pemain dibaca dan kelemahan dicari. serangan psikologi terus menerus di apikan kepada penyokong mereka. sebab itu lah semasa lagu negaraku ke udara gelora bung karno, ponyokong indonesia tidak henti-henti mengejek.

saya betul-betul berdebar untuk perlawanan besok. sudah pasti saya harapkan kemenangan. saya penggemar sukan yang kaki bangku. saya akan berdiri tegak semasa lagu negaraku esok! kaki bangku pun boleh berdiri.
doa saya untuk harimau muda dan ong kim swee!

Tuesday, October 18, 2011

kata-kata

kata orang, bayi itu ibarat kain putih. perlu dicorakkan. corak itu dialognya, rumahnya dan matanya. kayakinannya akan hilang dengan hanya perkataan. rumah itu bukan tempat dia berlindung tapi tempat dia perlukan perlindungan. matanya jadi saksi menyebabkan hatinya jadi keras.
jadi kenapa kita perlu marah? bukan hak kita untuk menghukum dan menilai. terima dan baiki.

Monday, October 17, 2011

its a growing up song

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Thursday, October 06, 2011

susah nak pikir

well, this is complicated.
try to make it simple.

jangan buat baik, cuma jadi baik. keras hati sebenarnya makanan jiwa.
jangan mintak tolong, pertolongan itu sebenarnya alasan. cuma harapkan simpati.
ini elemen keikhlasan. tiada pengaruh luar.

walaupun kita cuba berdikari, namun apa yang lahir dari hati pemerhati cuma beban yang akan diberi. saya janji pada diri sendiri, biar patah kaki jangan patah hati.

ini tempat saya sendiri.

Tuesday, September 27, 2011

pindah

sebelum :
selepas :

dengan selamatnya saya pindah.
setelah 4.5 tahun, kediaman itu dihuni oleh orang lain. kos perpindahan hampir membuatkan saya pengsan. kini saya bergelar tuan rumah.

Wednesday, September 21, 2011

(none)

the minute i walk into my room, i feel sad.
so sad.