Tuesday, September 27, 2011

pindah

sebelum :
selepas :

dengan selamatnya saya pindah.
setelah 4.5 tahun, kediaman itu dihuni oleh orang lain. kos perpindahan hampir membuatkan saya pengsan. kini saya bergelar tuan rumah.

Wednesday, September 21, 2011

(none)

the minute i walk into my room, i feel sad.
so sad.

Sunday, July 31, 2011

MALAYSIA tanah tumpahnya darahku

Malaysia tanah tumpahnya darahku. sentiasa bangga menjadi sebahagian daripadanya. sentiasa percaya pada pihaknya. dan sentiasa setia padanya. kerana itu saya sedih dengan kegagalan pasukan bolasepak Malaysia tempohari. hancur perasaan saya. sedih. tapi saya yakin, pasukan saya akan menyinar kembali. tak akan putus keyakinan saya pada mereka.

Singapura. rasa marah saya hanya mendengar nama ini. sebelum game pun saya tak boleh dengar orang sebut pasal singapura. berdebar.

menjelang perlawanan penting tempohari, macam2 gelagat dapat diperhatikan. di tepi jalan, di dalam ofis, di surat kabar dan tidak ketinggalan di radio dan tv. paling menarik semasa saya mendengar radio pagi itu. seorang warga singapura menelefon radio yang sedang membincangkan perihal perlawanan malaysia-singapura. lalu warga singapura itu berkata : "singapura ada national team ke??! saya tak tau pun.." lebih kurang begitu katanya. pengacara radio sangat terkejut. saya juga sangat terkejut. dan pelik. tapi kemudian saya terfikir. pemanggil itu sesungguhnya memerli pasukannya sendiri. apa yang dimaksudkan national team itu sebenarnya international team. ya, singapura ada wang untuk membeli. walaupun kerakyatan pasukannya diterima di atas kertas, belum tentu ianya dapat diterima oleh hati rakyat sebenar singapura. kalau malaysia punya pemain import, saya pun akan berasa jengkel.

sukan umpama perang hujahnya. takkan dibiarkan negaranya diganyang lawan sedangkan dia punya cara dan kuasa untuk mengatasinya. walaupun dipandang tidak adil, tapi itu satu solusi yang gah dan nyata. dan bijak juga. power of money and freedom.

kesimpulannya, kejayaan boleh dibeli dengan wang. dan maruah juga boleh dibeli dengan wang.
tapi kepada pasukan saya, belilah kejayaan itu dengan semangat juang. junjunglah maruah itu dengan tenaga. andai semangat dan tenaga itu sudah diatasi, kita kalah dengan rasa bangga.

PROUD TO BE MALAYSIAN!
.

RAMADHAN

saya ucapkan selamat bersahur, selamat berpuasa dan selamat bertarawikh.
moga ramadhan kali ini lebih indah dan mesra.

Tuesday, June 21, 2011

boleh tahan

minggu ni hari-hari yang boleh tahan. kalau nak diingat kembali tanpa lauk ketam mmg tak menjadi.
saya rasa seperti tenggelam dalam perasaan saya sendiri. patutnya saya tak perlu rasa apa-apa sebab semuanya atas pilihan, dan pilihan itu dah diketahui hasilnya. benar katanya, 'kita tunggu dan lihat, go with the flow'.. tapi kalau diberi pilihan sekali lagi, saya tetap pilih yang sama. jadi kenapa perlu ada rasa sesal?
saya percaya pada rasa dan gerak hati. perasaan yakin dan senang. bila semua dikeliling rasa seperti ditelan, segala yang tersimpan pasti boleh dikeluarkan. cuma lari sikit dari apa yang dirancangkan.
saya rasa pelik, bila perasaan lega itu muncul, perasaan tertanya-tanya pula makin kuat dari dulu. rasanya seperti ruang udara dalam dada makin menipis dan sempit. katanya lagi, 'jangan terlalu cepat menilai, bukan kaca tak berharga, tapi permata yang hilang'. tanpa kaca, mana mungkin ada permata. bezanya masa.

Monday, June 06, 2011

yakin diri, BOLEH!!

kes yakin diri yg bakal makan diri. demi utk menguatkan stamina dan mengurangkan berat badan bagi mengharung liku ke puncak, saya dgn ini secara bangganya mengisytiharkan akan berdiet, bersenam, berpuasa (ganti) dan berjimat-cermat... ehem..

keyakinan saya sejak akhir2 ini, boleh dibanggakan. sebolehnya jgn terlebih yakin. yg penting saya gembira dan puasss.... terasa lega di hati, tapi ruang kosong itu masih belum terisi. momentum ini baik ya, tapi jgn mudah lupa diri. saya harus lebih pandai menilai dan mentafsir... moga satu hari nanti, sinar harapan itu akan muncul.
YAKIN

Tuesday, May 03, 2011

cerita pucuk paku kerabu pegaga

teringat saya satu ketika dulu bapak mengajar cara-cara memberitahu masa pada jam analog. pening. kenapa perlu berpusing laju. rupanya saya salah jarum.

ini sebenarnya hot dog versi jumbo. jgn terkejut, rupanya agak asing tapi lebih asing lagi kalau makan beramai-ramai. kenapa saya letak gambar ini?

cita-cita saya sejak kecil, ingin mengembara jauh ke negeri asing. tapi malangnya semasa memulakan tingkatan 4 di asrama, saya dengan segeranya menjadi spesis homesik-manja-tiap weekend nak balik umah. malu untuk mengaku, saya sering bertindak di luar perilaku pelajar sekolah menengah. lama kelamaan perasaan 'rindu' saya lenyap dan perasaan 'gelojoh' pula timbul. hasilnya, saya sering lambat.. tiap kali panggilan telefon, mak akan kata "nak ayam goreng? nanti mak masakkan. balikla" menyebabkan hati ini cair lagi. kesimpulannya, makanan penyebab utama homesick saya.
hanya sebentar di perantauan, badan saya menyerap makanan mat saleh dengan hebatnya. membuatkan rancangan untuk kembali terbantut. konon nak backpacking, tapi baru 2 minggu tak pekena teh tarik, airmata dah bergenang terbayang ane menebar roti canai.
sekarang perasaan kembara itu kembali membara dalam sanubari saya. seolah-olah seorang pahlawan gagah berdiri di hujung tebing gunung sambil menguakkan dadanya. semangat!!
kuatkan hati, tebalkan lidah. saya tahu saya berani, tapi belum tentu saya kuat.
sehingga kini, saya masih menyimpan hasrat untuk mengembara. saya ingin berhijrah. kembara ke tanah di mana tak satu orang pun kenal saya. mencipta sejarah sendiri yang orang lain takkan faham. tapi kemana pun saya pergi, lama manapun saya menghilang, saya tetap akan kembali untuk suapan istimewa ini. bukan kerana saya lapar, tapi kerana saya 'homesick'..