Tuesday, June 21, 2011

boleh tahan

minggu ni hari-hari yang boleh tahan. kalau nak diingat kembali tanpa lauk ketam mmg tak menjadi.
saya rasa seperti tenggelam dalam perasaan saya sendiri. patutnya saya tak perlu rasa apa-apa sebab semuanya atas pilihan, dan pilihan itu dah diketahui hasilnya. benar katanya, 'kita tunggu dan lihat, go with the flow'.. tapi kalau diberi pilihan sekali lagi, saya tetap pilih yang sama. jadi kenapa perlu ada rasa sesal?
saya percaya pada rasa dan gerak hati. perasaan yakin dan senang. bila semua dikeliling rasa seperti ditelan, segala yang tersimpan pasti boleh dikeluarkan. cuma lari sikit dari apa yang dirancangkan.
saya rasa pelik, bila perasaan lega itu muncul, perasaan tertanya-tanya pula makin kuat dari dulu. rasanya seperti ruang udara dalam dada makin menipis dan sempit. katanya lagi, 'jangan terlalu cepat menilai, bukan kaca tak berharga, tapi permata yang hilang'. tanpa kaca, mana mungkin ada permata. bezanya masa.

Monday, June 06, 2011

yakin diri, BOLEH!!

kes yakin diri yg bakal makan diri. demi utk menguatkan stamina dan mengurangkan berat badan bagi mengharung liku ke puncak, saya dgn ini secara bangganya mengisytiharkan akan berdiet, bersenam, berpuasa (ganti) dan berjimat-cermat... ehem..

keyakinan saya sejak akhir2 ini, boleh dibanggakan. sebolehnya jgn terlebih yakin. yg penting saya gembira dan puasss.... terasa lega di hati, tapi ruang kosong itu masih belum terisi. momentum ini baik ya, tapi jgn mudah lupa diri. saya harus lebih pandai menilai dan mentafsir... moga satu hari nanti, sinar harapan itu akan muncul.
YAKIN

Tuesday, May 03, 2011

cerita pucuk paku kerabu pegaga

teringat saya satu ketika dulu bapak mengajar cara-cara memberitahu masa pada jam analog. pening. kenapa perlu berpusing laju. rupanya saya salah jarum.

ini sebenarnya hot dog versi jumbo. jgn terkejut, rupanya agak asing tapi lebih asing lagi kalau makan beramai-ramai. kenapa saya letak gambar ini?

cita-cita saya sejak kecil, ingin mengembara jauh ke negeri asing. tapi malangnya semasa memulakan tingkatan 4 di asrama, saya dengan segeranya menjadi spesis homesik-manja-tiap weekend nak balik umah. malu untuk mengaku, saya sering bertindak di luar perilaku pelajar sekolah menengah. lama kelamaan perasaan 'rindu' saya lenyap dan perasaan 'gelojoh' pula timbul. hasilnya, saya sering lambat.. tiap kali panggilan telefon, mak akan kata "nak ayam goreng? nanti mak masakkan. balikla" menyebabkan hati ini cair lagi. kesimpulannya, makanan penyebab utama homesick saya.
hanya sebentar di perantauan, badan saya menyerap makanan mat saleh dengan hebatnya. membuatkan rancangan untuk kembali terbantut. konon nak backpacking, tapi baru 2 minggu tak pekena teh tarik, airmata dah bergenang terbayang ane menebar roti canai.
sekarang perasaan kembara itu kembali membara dalam sanubari saya. seolah-olah seorang pahlawan gagah berdiri di hujung tebing gunung sambil menguakkan dadanya. semangat!!
kuatkan hati, tebalkan lidah. saya tahu saya berani, tapi belum tentu saya kuat.
sehingga kini, saya masih menyimpan hasrat untuk mengembara. saya ingin berhijrah. kembara ke tanah di mana tak satu orang pun kenal saya. mencipta sejarah sendiri yang orang lain takkan faham. tapi kemana pun saya pergi, lama manapun saya menghilang, saya tetap akan kembali untuk suapan istimewa ini. bukan kerana saya lapar, tapi kerana saya 'homesick'..

Tuesday, April 05, 2011

untuk dijual

sepatutnya status di facebook saya hari ni berbunyi begini :
Afifa Gani is feeling awkwardly sad knowing her ‘house of memories’ is put up for sale. for those who decided to own it, pls care for it with your fullest heart as ours burried in it.

ini lah rumah saya dulu. tmpt saya remaja di sini. sekolahnya depan rumah saja. pegi naik basikal, balik jln kaki sbb lupa pagi tadi bwk basikal. kami dikejar anjing di sini. adik saya disengat tebuan disini. saya belajar memandu (moto dan van) juga di sini. mak ber'hidroponik' pun di sini.
nmpk itu kerusi batu depan rumah?? bapak beli masa hari lahir saya yg ke 13. ingatkan besday present sampai rumah dgn lori... rupanya kerusi tmpt makcik2 lepak di waktu petang.
nmpk itu pagar kayu?? itu hasil tangan abg saya yg bertungkus-lumus menyiapkan impian mak yg terlalu inginkan pagar kayu ala-ala rumahnya di kampung dulu.
sblm halaman rumah disimenkan, mak rajin berkebun di situ. bunga orkid, bunga ros, bunga kenanga, akar seruntun dan mcm2 lagi hidup di situ.
kawan2 sekolah juga rajin lepak depan rumah saya. bbq juga seronok di sini.

rumah ini sgt saya sayang. segalanya ada di sini. mak pun sgt sayangkan rumah ini. mungkin sbb mak saya terlampau attach dgn rumah ini. kalau lah saya jutawan, saya akan miliki semula rumah ini. setiap kali saya memandangnya, seolah-olah saya ternampak diri saya berdiri di situ, mak yg sedang berkebun, dan semua nya ada di situ.

ini lah rumah saya dulu. rumah saya satu masa dulu. semoga keluarga yg memilikinya slps ini akan membina memori tersendiri utk mereka kenangkan satu hari nnti..
hati saya tertanam di sini dan selamanya akan saya kenang.

Saturday, January 08, 2011

emosi

orang yang emosi, adalah orang yang memiliki fantasi lebih dari realiti. emosi itu ada terjemahan dari rasa marah atau puas.

kalau kita tanya doktor, mesti hormon dikaitkan.

jadi, bagaimana untuk mengawal emosi?
memalukan diri sendiri di kala marah, atau, membazir di kala lapar?

Monday, January 03, 2011

tahun lepas dan tahun ini.

2011
baru beberapa hari 2010 berlalu. tahun ini sprt tahun2 lepas, saya tetap tidak berazam. mungkin malas nak pikir jawapan terbaik utk soalan umum tahun baru.

tahun lepas sudah sejarah.

sejarah itu mmg bakal tercipta kerana hukumnya manusia hidup utk beribu tahun. sedangkan smlm adalah sejarah hari ini. menjadi sebahagian daripada pencipta sejarah adalah anugerah. tapi sejarah juga bergantung kpd momentumnya.
saya tidak dpt elakkan diri dari berasa bangga dengan pasukan bola Malaysia yg menjadi juara Piala AFF hujung tahun lepas. bagi saya itu bakal menjadi sejarah terhebat dekadnya. orang ramai akan memperkatakan tentangnya utk jangka masa yg pjg lagi. apatah lagi politik - sukan ialah satu perkara yg tidak boleh di'satumalaysia'kan ya kawan2. sukan ialah fizikal yg diperhebatkan dgn mental. jgn pincangkan ia dgn satu motif politik yg karut. emmm..saya mmg emosi kalau dgn politik.
sprt pergi berperang; ke gelanggang menaiki kereta perisai. perlukah kita katakan rakyat Indonesia kurang sivik atau sebenarnya semangat bangsa mereka yang menggerunkan?

"i will show you fear in a handful of dust.
we don't actually fear death, we fear that no one will notice our absence, that we will disappear without a trace."

mmg sukan itu satu hiburan. bagus atau tidak. jatuh dan bangun.

walaupun gambar ini kecik choet mcm gambar dlm henpon, saya tetap rasa bangga tiap kali memandangnya.
(gambar ini dicilok sbnrnya,psl tu dia kecik)

terima kasih kerana membaca

Tuesday, November 30, 2010

dalam hutan

dalam hutan ada taman