Tuesday, November 30, 2010
Tuesday, November 09, 2010
hukuman
jika hukuman ditafsirkan sbg ganjaran utk peringatan, apa akan jadi pada pengajaran? imbuhan?
Sunday, November 07, 2010
luar kawal
andai sesuatu yg penting berada dlm keadaan luar kawal?
kisah hidup ini berlari depan mata. dalam lariannya, dibawa bersama sebahagian hari esk. saya cuba berlari sama, tapi tak mampu. akhirnya saya berhenti dan biarkan dia jauh tinggalkan saya. peritnya tidak tertanggung. tapi itu lah kisahnya. kisah hidup luar kawal.
Monday, October 18, 2010
18 days
we did it.
setelah berbulan perancangan, akhirnya kami dah pun pulang dgn selamat.
penjelajahan di Eropah selama 18 hari tidak akan kami lupakan spjg hayat kami. moga kisah perjalanan ini tidak akan basi sampai bila-bila...
22/9 - kami bertolak dari LCCT. setelah pelbagai pantun dipersembahkan kpd bos utk meluluskan cuti, saya bergerak ke sepang dgn senyuman lebar. beban kerja saya tinggalkan.. tiba di london sudah ptg..
23/9 - udara pagi di london kami hirup dgn penuh semangat. wpun badan saya tiba2 kurang sihat, kami gagahkan diri mengunjungi mana2 tmpt yg sempat. utk org Soton, thank you sbb tunggu kami kat london.. syg hang!
24/9 - bertolak ke paris menaiki train eurostar. tiba di paris kami menapak selama 3 jam sbb underestimate saiz pintu gerbang yg famous itu..
25/9 - pagi2 lagi kami keluar utk beratur menaiki eiffel tower. perghhh... angin sejuk tak hingat!
26/9 - ke amsterdam dgn train juga.. sampai sudah ptg. tp rupanya amsterdam utk anak2 muda melepaskan mabuk dan 'mabuk'. hah! tp kami tetap terhibur dgn laluan-laluan air yg menarik...
27/9 - tak byk dpt kami lakukan di amsterdam..tp pelusuk kota itu kami jelajahi.
28/9 - perjalanan spjg mlm kami ke frankfurt.
29/9 - tiba di frankfurt pada pagi yg cerah. bandarnya cantik dan bersih.. setelah meronda-ronda, ptg itu kami menaiki bas ke airport sblm penerbangan ke rome diteruskan.. tiba di rome, hari pun dah lewat.
30/9 - hari pertama di rome penuh dgn keasyikkan. bangunan yg selama ini kami tatap di buku atau di tv dpt kami saksikan di depan mata sendiri. lebih mengiurkan kami dpt peluang masuk ke dlm colleseum...tidak pernah saya termimpi dpt menjejakan kaki ke tmpt ini..
1/10 - hari kedua kami di rome, vatican city jadi destinasi seterusnya. wpun tidak ada keberanian utk masuk ke dlm gereja, suasana di luar sudah cukup membuatkan kami bersyukur lahir sbg seorang Islam..
2/10 - kami menaiki penerbangan ke liverpool. kegagalan utk book bilik membuatkan saya aga resah. tp nasib menyebelahi kami.. mlm itu kami di liverpool sblm esknya bertolak ke manchester.
3/10 - tiba di manchester, hujan sungguh lebat. terpaksa duduk di stesen dulu sblm dpt menemui bilik yg sesuai. mujur bilik yg kami jumpa sgt dekat dgn stesen. hari itu kami ke stadium manchester. emmm..jauh panggang dari api rupanya.
4/10 - kami bertolak ke edinburgh menaiki keretapi. angin nya sgt sejuk, dgn bangunan yg sgt unik.. satu hari mmg tidak cukukp!
5/10 - sempat mengabiskan masa yg singkat di edinburgh sblm menaiki penerbangan ke southampton. tiba di southampton, kami dijemput dgn BMW dan masakan kampung di rumah...wahhhh enaknya. makan dan tidur!
6/10 - linda bawa kami berjalan ke stonehedge. wpun hanya 'batu' bak kata org soton, kami tidak akan menyesal dpt peluang ke sana... TQ Linda n Dayang..korang mmg best!
7/10 - perjalanan pagi bertolak ke london agak suram. memandangkan percutian kami akan sampai ke penghujung, hati ini agak keberatan.. di london, kami menghabiskan hari ke tmpt yg belum sempat kami lawati.. mmg best shopping kat london nih! ahakssss
8/10 - hari terakhir dan agak moody.. flight kami mlm, ptg itu kami bersiap. tp pagi tu sempat shopping sikit! heheh.. london, kita jumpa lagi.
9/10 - tiba di KL sudah ptg. hujan emas negeri org, hujan batu negeri sendiri. lebih baik negeri sendiri.. walau apa2 anugerah di negara org, saya tetap akan pulang. wpun saya mati di bumi emas, hati saya tetap di bumi batu ini.
moga satu hari nnti, perjalanan ini dapat saya ulang..
Friday, September 03, 2010
saya dan izzi
yes! dia dah muncul dan saya namakan dia izzi. semoga dia kekal bersama saya.
izzi, welcome to our life..
setelah perbincangan panjang dilakukan, berfikir lebih dari 2 kali, taklimat umum dari penguatkuasa dan ekspidisi pencarian harga terbaik dilakukan, saya akhirnya berjaya memilik idaman kalbu ini. bagi saya izzi lah yang terbaik. setiap kali memandangnya, saya tidak berhenti tersenyum. pulang dari kerja, saya sudah tidak sabar utk bersama izzi.. saya menjadi lebih rajin hanya utk kebaikan izzi. adehhhh mcm bercinta la pulak..
Friday, August 20, 2010
Prologue
He who returns from a journey is not the same as he who left.
Chinese proverb
siapa yg pergi tidak akan kembali seperti asalnya.. mana pun dia pergi, dari segi apa pun dia pergi.
Tuesday, August 17, 2010
buka kali ke-4
setakat ini rekod berpuasa saya masih lagi licin. rekod bersih? owh, tidak.. sampai shj di ofis, mcm2 'tajuk' perbincangan dikeluarkan.
pulang dari kerja, hujan sama seperti semalam. jalan sesak sama seperti hari-hari semalam. mahu atau tidak, ini habuan saya. sambil saya memandu, ruang2 lorong yang lebih laju saya intai. akhirnya saya tersekat di lorong yg pemandu lain kurang menekan hon..
rintik hujan masih byk, singgah di atas bumbung kereta depan. hai.. bila la nak sampai rumahhhh
saya rasa saya suka hujan.
Subscribe to:
Posts (Atom)