Thursday, August 27, 2009

partly-soaking-wet

hujan lebat ptg tadi. agenda ke pasar ramadhan tetap diteruskan. cabaran kata kami. hujan dan angin kuat mengalahkan keupayaan payung. sebelah badan saya basah kuyup. sebelah lagi selamat. makanan berjaya dibeli. mengintai ke jalanraya, kereta sudah mula beratur pjg. sesak nmpk nya. mau atau tidak, itu terpaksa diharungi.
masa diambil hampir 2 jam utk pulang. rancangan utk melawat akiff ptg tadi terpaksa ditangguhkan. tiba rumah sudah hampir utk berbuka..

skrg saya sudah kenyang. rancangan menunaikan terawih tertunda lagi. liat nmpk nya saya tahun ini. esok, insyaAllah.

angin ramadhan menenangkan hati saya. udaranya berbeza. diselangi dgn sayup2 suara zikir dari masjid. rindu saya pada ramadhan bersama keluarga dan rakan2.

Wednesday, August 26, 2009

tempat saya yg baru

..seperti tajuk di atas
..

Tuesday, August 25, 2009

ulangtahun di bulan puasa

ulangtahun kali ini berbeza sedikit. jatuh pada bulan ramadhan.
tahun kebelakangan ini saya tidak kisah dgn sambutan harijadi. walaubagaimanapun, sambutan ini tetap meriah bersama rakan dan keluarga. mungkin satu hari nanti saya sendiri akan terlupa ttg hari lahir saya.
masih ingat masa kanak2, saya tidak sabar menunggu ketibaan 25 august. setiap tahun pasti ada majlis bersama rakan2 ataupun keluarga. namun hal ini semakin berkurangan apabila saya mula meniggalkan rumah bila usia mula menjengah 16 tahun.
kini usia saya sudah 28 tahun. ada yg kata masih muda, ada yg kata tidak lagi muda. umur itu subjektif pada yg menilai. mungkin kah umur sekadar angka?
pada angka 28 tahun ini, apakah yg telah saya lakukan? berbuku kah "cerita" saya? saya sendiri tidak berani menilai..
terima kasih semua atas ucapan, sumbangan dan galakan yg diberikan hingga hari ini.

moga tahun depan jika pjg umur, saya lebih bijak menilai hidup. insyaAllah..

Friday, August 21, 2009

spekulasi bulan puasa

saya tertanya mana hilangnya benda itu? dicuri atau disorokkan?
semasa sedang sibuk berpindah, barang berharga ofis telah hilang. mmg parah. tiada harga utk itu. dari renungan matanya saya tahu dia runsing. saya ingin bantu, tp tidak berjaya.
kita usaha lagi kawan, kita usaha.

Thursday, August 20, 2009

demam

sensitif sungguh kalau demam kebelakangan ini. ramai demam, selsema... kesian.

Monday, August 17, 2009

rasa pedas

pain is pleasure; kata saya.

sbb tu saya tak suka pedas.

Friday, August 14, 2009

hujan dlm hati

sedang saya berjalan, hujan tiba2 turun. saya dan payung bukan lah kawan baik. saya lebih rela basah dari menjinjit sekaki payung.
smlm besar maknanya bagi saya. hujan apa dlm hati saya? mungkin hujan batu.
i did what i have to do.
regret?? no way.
i won't let it slip away.
katanya: kau genggam erat2. biar remuk dlm tgn dari bertabur atas jln.
apa plan minggu ni ya? hmmm....