Monday, June 29, 2009

saya dan gitar yg patah

gitar saya patah sudah lama. entah kenapa, perasaan terlalu kuat utk pergi membaiki gitar itu. gitar pemberian ex-ofismate saya. hadiah yg paling tidak tersangka saya terima. tapi apakan daya, gitar itu jatuh ditiup angin lalu patah.
teringat saya semasa belajar bermain gitar semasa di usm. bersama seorang rakan, kami menyimpan cita2 utk bermain dgn baik satu hari nanti. gitar saya usung dgn motosikal kecil saya. berdua kami menuggang motor yg kecil bersama 2 biji gitar kapok. nmpk pelik tapi kami enjoy..
saya tak reti baca not, tapi saya 'membaca' setiap kali gitar saya petik.

Saturday, June 27, 2009

semoga berjaya

saya ada matlamat baru. matlamat yg musti saya lunaskan. jika tidak, it will cost me big time!! saya akan cuba

Friday, June 26, 2009

conjunctivitis nan-seminggu

bermula isnin tempohari saya dijangkiti sakit mata (conjumctivitis). rimas rasanya. tapi dgn kebenaran doktor, M.C selama 5 hari tidak saya sia-siakan. macam2 saya lakukan selama 5 hari ini, menyapu lantai, tgk dvd, keluar mkn aiskrem, nyapu lantai.. akhirnya rutin2 ini jadi bosan. saya rindu ofis. RINDU OFIS!

Thursday, June 18, 2009

Friday, June 12, 2009

pantun teka-teki

Burung nuri burung dara
Terbang ke sisi taman kayangan
Cubalah teka wahai saudara
Semakin diisi makin ringan?

Bunga orkid indah warnanya
Penyeri taman dan juga hutan
Ramai orang datang bertanya
Bintang apa hidup di lautan?

Kelip-kelip kusangka api
Kalau api mana asapnya?
Hilang ghaib disangkakan mati
Kalau mati mana kuburnya?

Budak-budak bermain batu
Batu dikira satu persatu
Badannya lurus bermata satu
Ekornya tajam apakah itu?

Masak tumis sambal petai
Makan kenyang sambil sendawa
Anda menziarah sahabat handai
Buah apakah yang akan dibawa?

Pokoknya bulat dan juga rendang
Masam dan hijau ketika muda
Buahnya berbentuk seperti bintang
Sudah masak, kuninglah ia

Belayar perahu dari Bentan
Menyusur tepi Selat Melaka
Lebar kepala dari badan
Apakah ikan cubalah teka?

Mak Minah menanak minyak
Kemenyan dibakar dengan setanggi
Dua peha beranak banyak
Untuk mendaki tempat yang tinggi?

Orang bekerja diberikan upah
Hidangan disaji dalam talam
Gajah putih ditengah rumah
Layar terkembang di waktu malam?

Gigi berduri tatah bersigai
Pembelah kayu ia berguna
Jika tuan orang yang pandai
Benda apakah makannya dua cara?

Pisau lipat dimainnya kera
Tangannya luka lalu terjun
Makan kuat tidak terkira
Kenyangnya tidak tahi bertimbun?

Tuan puteri belajar menari
Tari diajar oleh Pak Harun
Kalau Tuan bijak bestari
Apa yang naik tak pernah turun?

Thursday, June 11, 2009

tong gas

kisah tong gas:

1. kakak ipar saya bercerita, semasa memanjat gunung kinabalu, ada seorang makcik bekerja di checkpoint kinabalu. tugasnya mengangkat tong gas. sedang tercungap-cungap kakak ipar saya cuba memanjat, makcik itu sudah 2 kali memintas. sambil menjunjung tong gas di bahu. dahsyat. tangkas.

2. seorang uncle menggunakan tong gasnya utk membaiki truk nya yg rosak. tong gas itu mungkin dia amibil setelah wifenya bising knp tak tuka lagi tong gas. wife nya tak dpt terima alasan uncle ini bahawanya truk rosak dan tak dpt pegi kedai. lalu utk mensenyapkan wife yg bising, uncle ini ambil tong gas mereka yg kosong lalu menggunakannya sbg alat memanjat a.k.a tangga..

3. tong gas kat umah saya tak pernah berganti walaupun dah 2 tahun. betapa malasnya saya masak!!

kawan2 cadangkan saya masak2 ujung bulan ini. saya setuju. jadi, mari beramai-ramai dtg umah masak dan mkn.

Tuesday, June 09, 2009

tomato tomaetoe?

ini ototo saya jumpa di giant seri manjung. rupanya seperti reverse-end akiff. haha. cute. dan unik.