Friday, January 30, 2009

AKIF in da house

yey!
saya sudah menjadi makcik :)

Wednesday, January 28, 2009

sushi dan donut

tunggu punya tunggu, si kecil tak keluar lagi.
akibatnya kakak ipar kena induce. tapi kena tunggu lagi.
kebal sungguh budak ini.

antara sushi dan donut, mana satu kegemaran anda?
saya belasah semua.
akibatnya ikan, nasik jepun, tepung donut, gula, coklat dan caffe latte bergabung menyerang urat2 di perut dan membantutkan aktiviti saya ptg itu.

Friday, January 23, 2009

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)

(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die

We will not go down
In Gaza tonight

Thursday, January 22, 2009

satu-setengah-jam!

sesak.
saya benci jalan sesak.
pagi ini rekod perjalanan saya yg paling lama ke tmpt kerja.
satu stgh jam. (kalau tak sesak, 10minit shj)
stgh jam shj dihabiskan utk menuruni bukit antarabangsa. satu jam pula di habiskan di mrr2..

indahnya dunia

Tuesday, January 20, 2009

macho?

pernah tak anda secara machonya hendak membaling gumpalan kertas ke dlm bakul sampah sejauh kira2 3 meter? saya pernah. byk kali.
tapi kali ini berlaku kesilapan teknikal yg memalukan. bermula dgn sapaan saya terhadap rakan:
"wei, tgk ni"
malangnya ada sejenis pelekat ada di tapak tgn saya. semasa hendak membaling, gumpalan kertas itu melekat di tangan dan balingan yg sepatutnya ala-ala micheal jordan menjadi tidak sprt diharapkan...
dgn kedudukan gumpalan kertas itu jatuh betul2 di hadapan saya dan bergolek kembali ke kaki, saya kelihatan sprt 'si pengalah' (total loser). gelak gelak.
haha.. kejadian ini berlaku semasa jamuan tempohari:

Monday, January 19, 2009

paru-paru terbang.

harini saya mkn pagi seorang diri memandangkan rakan2 yg lain ada latihan di HQ.
saya berseorangan, lantas saya buat keputusan utk mkn nasi lemak agar perut saya dpt bertahan hingga ke ptg hari.
lauk kegemaran saya: paru-paru goreng.
dgn menggunakan sudu dan garpu utk memotong paru2 yg liat, saya mengenakan kuasa yg agak tinggi terhadap paru2 tersebut. dan secara tidak sengajanya.. tussss....!! makanan saya melayang ke depan dan terus terjelepuk di bawah meja org depan. dlm hati; alamakkkk rugi. kakak di meja depan menutup mulut menahan gelak. saya? saya teruskan saja mkn dan berlakun seolah-olah tiada apa2 yg berlaku. sedangkan meja saya sudah berterabur dgn nasi.
saya berfikir, kalau lah paru2 goreng itu jatuh atas lantai bilik operation, dah lama saya kutip dan mkn kembali. memandangkan lantai berjubin hijau itu telah mula berubah warna menjadi kelabu, tidak terlintas langsung di fikiran saya utk mengutip kembali paru2 goreng itu. biarlah jadi makanan kucing..

hmm hari isnin. pagi2 dah meeting.

Friday, January 16, 2009

nescafe

saya ialah penggemar kopi yg tegar.
saya sgt suka minum kopi terutamaya nescafe.
pagi saya akan dimulakan dgn kopi disusuli pula dgn kopi.. pendek kata sehari tanpa kopi sama seperti saya berpuasa. eh, ye ke?saya mulai sedar yg saya amat suka nescafe sejak di bangku sekolah lagi. nescafe lah teman saya belajar, menyanyi dan mengusik. pernah satu ketika semasa belajar di finland, teman saya dari malaysia mengirimkan nescafe 3in1 sbg tanda kasih dan syg mereka. semasa belajar di penang pula, bakul motosikal saya jadi tmpt saya mengumpulkan tin nescafe kosong sblm dihantar ke pusat kitar semula. hingga ada yg menyangkakan itu bakul sampah dan "tumpangkan" sekali sampah mereka.ini koleksi di ofis.
sejak bekerja, tabiat saya itu diperhatikan ramai dan tidak kurang pula yg menegur. apa boleh buat, itu dah jadi darah daging saya. sehari tanpa nescafe membuatkan saya tidak senang.