Tuesday, August 27, 2013

antara kita ada awan



Dari satu sudut melihat simpang yg pernah saya singgah
Tak pernah ada jari yg menunjuk atau menunding
Hanya ada hati yg menunggu arahan tuhan
Sedangkan kaki dah lama tempang

Saya hembus awan agar pergi
Supaya simpang tak mendung gelap
Cerah mata ini utk mencari arah berlari
Tapi kaki kan terus begini

Monday, January 07, 2013

sepi

angin malam itu dingin
walau akan hujan dlm sekejap
rupanya hatiku yg ingin
dlm jiwaku yg senyap

esk bagiku hari yg baru
namun bagimu hari yg menipu
kenapa perlu kau berdendam
sedangkan boleh kau lepaskan dlm diam

arang yg kau coretkan itu kubiar seni
agar satu hari nnti ianya akan penuh beerti

-A.F-

Saturday, January 05, 2013

konsisten dlm perubahan

selamat sudah tahun 2012, selamat tahun baru 2013.
terpandang status seorang sahabat, 'change is the only consistence thing in life'
enough said.

apa yg tak berubah dlm dunia ni? semuanya berubah. persepsi pun akan berubah.
org kata 'people never change'. mungkin lakonan pada lahir. yg zahir tuhan dan diri sendiri saja tahu.
betul ke?
'the eyes can mislead, the smile can lie, but the shoes always tell the truth'

menipu org senang, tapi menipu diri sendiri mustahil. penat nak tipu diri sendiri ni. akhirnya putus asa dan biarkan saja. hati sendiri sapa yg tau.

satu benda yg saya belajar tentang hidup, jujurlah dgn diri sendiri. benar kata org2 tua. dah tua baru tau. 'you are never too old to learn'. YES!

Saturday, December 22, 2012

zaman kejatuhan

hidup ni macam bercinta.
tiba-tiba rasa cinta muncul kembali. kemudian rindu. tertekan. boring.
pendirian dan maruah.
hipokritlah jika itu menjaga maruah kita.

langit itu kita lihat biru sedangkan ianya ruang gelap tiada penghujung.
roma pun beruban.
apa yang ada pada mata kasar? kenapa tidak mata hati?

Sunday, October 14, 2012

Sumat

Mungkin skrg ia dah lain
Kasih antara nya dah terjalin
Hidupku tak berlingkar sekitarmu
Aku tidak mahu atau kau yg tak tahu
Cerita yg dulu jadi kenangan
Agar kita simpan
Buat pedoman atau dendam
Kita saja yg faham

Wednesday, July 11, 2012

hujan subuh

Hujan subuh bawalah hatiku mengalir jauh

Wednesday, July 04, 2012

Aku Freelance

Keluar pagi balik dinihari,
Tak nampak pun matahari,
Hari-hari memang semacam ini,
Aku freelance.

Fail penuh atas meja,
Tanda pangkah pada kalendar,
Merah tebal tarikh nak hantar,
Aku freelance.

Salah buat kena bambu,
Memang semuanya salah kamu,
Nak bonus je engkau tahu,
Aku freelance.

Tidur lambat, bangun lewat,
Baju kedut, tak payah gosok,
Setiap hari hujung bulan,
Ya, aku memang freelance!

-A.F-