Thursday, June 28, 2012
langit dan bumi
Friday, June 08, 2012
hidup perlu ada rahsia
Wednesday, February 08, 2012
SPONTAN
Kadang kala otak saya berfikir lebih cepat dari mulut saya bercakap. Jadi dengan itu bila saya melakukan dua perkara ini serentak hasilnya amat mengecewakan. Benarlah kata orang fikir dulu sebelum berkata-kata. Saya lebih gemar menulis fikiran saya sebelum diterjemahkan dengan kata-kata. Hasilnya lebih memberangsangkan.
Saya fikir dunia ini lawa.
Kabus atas jalanraya.
Wangi masakan bonda.
Perit bila putus cinta.
Friday, January 27, 2012
aku maafkan kamu
Mislead
Perkara mengenai kepercayaan - bukan agama.
Perkara yang dipelajari semasa usia bertambah. Don’t trust people, and don’t let people trust you. You just might mislead them.
Kepercayaan ialah keyakinan tanpa ragu pada sesuatu. Tapi bila kepercayaan itu dicabul haknya, keyakinan itu akan luntur mungkin pudar selamanya,
Bila dipikir balik, atas dasar apa kepercayaan itu dibina. Dan atas sebab apa pencabulan itu berlaku. Jika keduanya tiada kaitan, mungkin keyakinan akan timbul kembali.
Punca, situasi, kebodohan / kejahilan jadi tanda tanya. Nilai pada dasar yang dibina dipertikaikan. Mungkin penilaian masing-masing disalahertikan. Subjektif.
Kemaafan ialah perkara yang akan meleraikan segalanya. Tapi tergantung pada penerimaan. Lama mana penerimaan itu atau jauh mana pun penerimaannya, tiada siapa yang tahu. Jangan dipaksa. Bukan mudah untuk dibina kembali.
Harapan jika persefahaman yang diminta, tapi sebenarnya persefahaman yang perlu diberikan.
Hidup ini indah, hidup ini panjang. Kalau kita kotorkannya, kita yang rugi. Kalau kita singkatkannya, entah siapa yang nak merana…
Saturday, December 10, 2011
Kasih Tak Kesampaian
Melihat engkau berlalu
Terpegun bagai bermimpi
Hilang kau dari sisi
Kini ku bersendiri
Bersama membelah badai
Bersama menyusur pantai
Dan aku menyedari
Kini kau tiada lagi
Kata akhir darimu
Kau bawa bersama
Kasih tak kesampaian