Thursday, January 15, 2009

kaki busuk

setelah bertarung dgn alahan belt kelmarin, saya mengalami masalah kaki busuk.
sbnr nya masalah ini ujud dari sikap saya sendiri iaitu malas pakai stokin.
pada saya kasut saya cukup canggih utk menyerap peluh di kaki, tapi rupanya itu hanya fantasi yg diceritakan oleh tukang jual kasut semasa hendak menjual kasut mereka.. kini saya rasa terperangkap.
saya tidak mampu utk membuka kasut sewenang-wenang nya harini dan dgn itu saya tidak boleh bersila di atas kerusi pusing2 saya. saya perlu pulang awal utk menyelesaikan masalah ini. kaki busuk, kepala pening.
rumah bapak di shah alam. satu hari nanti kami akan berkebun di sini.

Wednesday, January 14, 2009

alahan

dgn secara pelik nya hari ini saya alah dgn tali pinggang saya sendiri.
sbnr nya ia adalah tali pinggang baru. tali pinggang lama yg saya pakai setelah 5 tahun telah dgn secara rasminya putus. (ke pinggang a.k.a perut saya dah mengembang? ahaks. early-middle-age crisis)
awal pagi ini semasa hendak mengenakan tali panggang (slps ini disebut belt. pjg sgt nak taip) baru saya itu, saya bersin tanpa henti. lantas saya letakkan belt itu dah pergi mendapatkan tuala utk mengesat lelehan. terus bersin saya berhenti. dgn itu saya buat rumusan saya alah dgn belt saya sendiri. mungkin saya alah dgn barang baru..
kerana terpaksa menggunakan juga belt itu; jika tidak mungkin saya tidak ber-seluar tanpa sedar, saya abaikan tanggapan bahawa belt itu mendatangkan alahan. tetapi rupanya memang benar saya tidak tahan dgn belt itu.

harini saya ke ofis dgn hidung yg berlari.. ditambah pula penghawa dingin ofis yg kian merajuk.
tabah lah afifa. kita menghitung hari.
1,2,3,4...

Tuesday, January 13, 2009

belajar lah dgn tenang.

duduk berjuntai di atas batu
sambil mengetuk si akar tuba
berdagang ke tempat yang belum tentu
macam menempah maut kan tiba

pungut teritip di tiang batu
batu pecah dilanda karang
beginilah nasib dagang piatu
kain basah kering di pinggang

Thursday, January 08, 2009

pantun lapan kerat (yg sgt pjg)

Korek perigi di parit seberang
Tepi parit tumbuh mengkudu
Berselang dengan pohon puding
Hidup subur kanan dan kiri
Tuan pergi dagang seorang
Tiada saudara tempat mengadu
Tiada saudara tempat berunding
Pandai-pandai membawa diri
Sudah penat berjalan kaki

Seluruh badan terasa uzur
Tak tahan lagi diuji
Tempatnya jauh dihujung lembah
Pantang saya anak lelaki
Kalau melangkah kembali undur
Tidak gentar sebarang diuji
Kental, azam, yakin dan tabah
Dini hari melawat pusara

Bawa merbah bersama emas
Nenas terletak tepi belana
Belanga China bersalut arang
Benihku cari disemai mesra
Semaian bercambah menjelma tunas
Kemudian subur indah berbunga
Malangnya bunga di getu orang
Sarang merbah di celah dahan

Tempat punai bermain di situ
Berkejar-kejaran anak rusa
Tampak dari tanah seberang
Bersyukur aku kepada Tuhan
Kalau nasib memang begitu
Akan merana sepanjang masa
Harap pada kasihan orang
Tajak-tajak perdu serai

Habis tertajak lalang-lalang
Lebar kawasan cuma sedepa
Tempat bertanam pokok kacang
Sejak mula hamba sampai
Tidak putus dirundung malang
Fitnah datang bertimpa-timpa
Namun iman tak pernah goncang
Bagus rupanya bunga melur

Putih rupanya bunga pinang
Berukir bertangkai perak
Permainan raja perempuan
Cawan, cerek sudah teratur
Pinggan, mangkuk sudah terhidang
Penganan mulia sudah terletak
Samalah duduk kita makan
Buat bangsal di tengah hutan

Tebas hutan jadikan taman
Tengah halaman tanam kandis
Di selang dengan asam paya
Biar sabar dengan perlahan
Itu tanda orang beriman
Tidak takut digoda iblis
Akhirnya kamu akan berjaya
Orang belayar dalam perahu

Haluan menuju ke Batu Bara
Sarat bermuat kain kapas
Kapas dibawa dari barat
Kasih tuan hambalah tahu
Bagai orang menggenggam bara
Rasa hangat hendak dilepas
Begitu benar kias ibarat
Siapa berlangir di tepian

Biarlah sama-sama pulang
Ikut jalan ke lembah
Melalui tanah yang rata
Kekanda berlayar ke lautan
Tak gentar mara yang datang
Adinda tinggal di rumah
Tidur bertilam air mata
Naik gunung Rimba Kelibut

Ke rimba berkayu jati
Kayu sedang banyak berbuah
Bercampur dengan kayu kamat
Gagap gentar hamba menyebut
Penghulu banyak yang sakti
Tuanku banyak yang bertuah
Alim ulama banyak yang keramat

Wednesday, January 07, 2009

kisah palestine

isnin kelmarin kawan saya bertanya : tak terasa ke dah tahun baru?
saya kata : isnin tetap isnin.

serangan di palestine meruntun jiwa saya.
pada mulanya saya hanya mengambil ringan kisah perang di sana. tapi setelah melihat korban kanak2, hati saya jadi marah. sedih. tergamak nya gambar sprt itu di pertonton kan. tergamak nya hati org yg menabur ledakan.

sebentar tadi pulang dari mkn tghari, saya lihat kereta memecut di hadapan sekolah. langsung tidak beri peluang kpd kanak2 sekolah untuk melintas. sedangkan anak2 itu sudah berada di tgh lintasan zebra.. mabuk agak nya org itu. mabuk di tghari?? hmmm...

Monday, January 05, 2009

cabaran

2 cabaran yg paling saya tak suka:
1) exam
2) interview.

saya akan berkelakuan pelik walau sebanyak mana persediaan saya.

Friday, January 02, 2009

bayang-bayang

tahun baru saya sambut dgn hati terbuka.
hari pertama 2009 saya dan rakan2 berkelah di sungai congkak.
perjalanan kami tenang shj tanpa kehadiran kereta yg berpusu-pusu sprt biasa. mungkin kerana cuti yg pjg, org bandar pulang ke kampung.
sampai tepi sungai, lokasi kami pastikan dan makanan kami serang sblm memulakan tujuan asal iaitu beremdam dlm air sejuk. nyamannya air sungai congkak. tak lama kemudian tiba sebuah keluarga besar berkelah di sblh kami. generasi dari nenek ke cucu. kira-kira 20 org!
ramai nya ahli keluarga nenek ni. mesti dia gembira dilindungi oleh anak-anak sendiri.
kagum saya perhatikan nenek ini. tenaga nya sgt kuat utk seorang perempuan tua badan berisi berusia 70++ tahun. kakinya kuat melawan arus air terjun. nafasnya pjg di dlm air dingin. suaranya gah memecah desingan tujahan air. lengannya? saya kagum melihat urat di tangannya. terus hati saya berkata, apa harian nenek ini di masa mudanya? kuat sungguh!
kawan saya kata; org jawa mmg kuat kerja, setelah mendengar nenek itu bertutur loghat jawa.

apa agaknya nasib saya di hari tua?
dptkan saya dibayangi usia muda saya bila saya tua nanti?

Keaiban Pada Diri Kita ~ Syair Imam Shafei
Kita kerap meyalahkan zaman ini,
sedang keaiban sebenar adalah pada diri kita,
tiada sebarang aib pada zaman kita,
kecuali diri kita sendiri.
Kita kerap mencerca zaman ini tanpa jenayah dilakukannya..
kalau zaman tahu mengatur kata,
tentulah ia mencaci kita kembali
Dunia kita adalah lakonan dan menunjuk-nunjuk..

sebenar kan kita memperdaya Yang Maha melihat kita
Si serigala tiadalah pernah memakan daging rakannya..

sedangkan kita kerapkali makan daging semasa sendiri